Saturday, 3 September 2016

Kembara Bumi Jawa: Hari Ke 5 "Gunung Prau"

Day 5 Kembara Bumi Jawa: Mendaki Gunung Prau

Indah lelapku yang hangat di dalam kedinginan(waw) dikejutkan dengan suara Naim yang memanggil nama aku sambil tangannya menggerak2kan kaki ku untuk bangun bersiap kerana kami harus memulakan pendakian dalam setengah jam lagi untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.






Betul-betul ambil masa setengah jam untuk kami semua bersiap cuci muka gosok gigi, air memang sejuk gila kot. Terkenang kesejukan di Kundasang, Sabah. Aku pakai jeans je, tapi tak digalakkanlah. Jangan ikut hamba, hamba ni langgaq je...

Selesai berselfie, kami meneruskan perjalanan yang agak lewat ni. Kami harus sampai puncak dengan cepat kalau nak tengok sunrise. Tapi aku biarkan dorang jalan di depan, aku mendaki sambil menikmati pemandangan yang indah di pagi yg gelap tu sambil layan lagu2 kegemaran aku dalam handphone. 

Kali ni aku dah siapkan caj powerbank dan hp aku full, so boleh layan lagu dan tangkap gambar banyak2. Jom layan gambar ni.. 





Yang nampak milky way tu, aku tangkap pakai setting long exposure f2, 11", 1600. Aku dah nak sampai puncak time tu matahari belum terbit lagi, bulan pulak masih terang. Bagaikan semuanya nak join meeting kami kat puncak Prau. Huhu betuah nasib badan.




Aku nak tengok kemunculan si botak matahari di ufuk langit tapi aku takut terlambat sebab waktu tu aku tak sampai lagi. Apa lagi, dengan tenaga yg masih banyak aku pun berlari(lari okay bukan joging) ke puncak...ku tinggalkan si Naim dan Iera di belakang.

Betapa girangnya dalam hati ini, pemandangan di atas tu memang super awesome! Aku berikan gelaran baru kepada Dieng iaitu "daerah seribu gunung"...walaupun taklah seribu, tpi memang boleh tengok puncak2 gunung lain dari sini...layan timelapse sunrise..

Thursday, 1 September 2016

Day 4 Kembara Bumi Jawa : Dieng

Matahari pagi memancar selembut-lembutnya. Aku intai pagi dari jendela. Indahnya pagi di bumi Dieng, hilang lelah penatku dalam kehidupan ini....hehehee..over lagi...

Dieng Day 1


Sahabat kami iaitu Maat dan Naim sudah mengaturkan lokasi yang bakal kami jelajahi hari ini. Seawal 8 pagi kami sudah bangun dan bersiap untuk menikmati pagi itu yang indah seindah yang bisa aku gambarkan, jauh dari semua kertas kerjaku dan kehidupanku yang tak menentu(acah2 kerja ofis dan hidup tak bahagia pulak). Tapi pagi tu memang indah.


     Kami bersiap, wangi-wangi ensem-ensem untuk jalan-jalan di sekitar Dieng. Siap, terus kami menuju ke lokasi pertama iaitu Telaga Warna.

Telaga Warna

Tak jauh pun dari homestay, pemandangannya indah dan mendamaikan. Malas nak cakap, tengok sendiri gambar di bawah.
Speachless 😐

Time posing ok lagi, time nak turun dari situ hahahaha.. lawak sbab takut jatuh.

Jalan kecil melalui pokok dan pohon buluh


Telaga warna dari Bukit Sidengkeng yang akan aku ceritakan nanti.

Kami tak lama di situ sebab masa mencemburui, then kami lanjutkan saja perjalanan ke Bukit Sidengkeng tang terletak bersebelahan Telaga Warna ni.

Bukit Sidengkeng.

Lelah kaki ini belum hilang lagi, dah kena naik bukit pulak. Tapi kugigihkan kerana ku tau sesuatu menantiku di atas sana(ayat motivasi ni). Well, pemandangan di sini tak kurang hebatnya, sekali lagi sila layan gambar....

Iera dengan gaya tersendiri. (Jangan jatuh cinta ya, dia ni hot mama..nak try hadap suami dia dulu😂😂😂)


Merenung jauh nampak...ni macam kat Kalibiru,tapi bukan okay!

Ajet-ajet model 😂😂😂

Turun dari bukit ni, kami terus ke lokasi seterusnya, Kawah Sikedang. Lokasi2 pilihan si Maat ni berhampiran je, so memang santai tak kebas punggung hari ni 😊

Kawah Sikedang.

Kawah ni dekat je, tapi memang sesuai untuk kaki selfie macam kami sekalian alam ni. Tah berapa banyak gambar kat sini. Kami sempat makan telur rebus kawah di sana sambil berborak dan bergurau senda. Jom layan gambar lagi....
Sejuk+Terik punya posing

Lan dengan gaya mineralnya

Kami berenam, yang sorang tu Supir kami si Raditya



Selesai berfotografi, kami ke warung berhampiran untuk makan tengahari sebelum menunaikan solat di surau. Makan order je ikut suka selera, semua dah termasuk dalam bayaran yg awal tu. Hehe...
Usai solat kami ke lokasi seterusnya iaitu Candi Arjuna.

Candi Arjuna.

Candi ni baru sahaja runtuh kerana gempa yang tah bila jadi. Tapi proses pembaikpulihan masih berjalan di sini, jalan2 di sini santailah sebab kawasannya pun mendamaikan dan memang santaiiiii gitu. 

     Sambil jalan tu berborak dan bergurau senda lah, fun! Tengok ada kuda, semangat nak naik. Apa lagi aku ni memang tak pernah naik kuda, laju je aku gi tanya mas tu berapa bayaran. Memang murah okay, murah kalau nak banding dengan kau naik kuda kat Titiwangsa. Hehe...ops, mendownkan tempat sendiri pulak 😅 Layan gambar lagi....
Ni satu2nya Candi yang tak runtuh di sini.

Ehem...bajet ensem mamat poyo ni dengan seliparnya 😂

Kuda dia pandai posing ...jeles


Hakak kawasan katanya...

Eh..dia lagi..

Abang Lan yang macho 😂

Pahlawan-pahlawan konon 😅 Akulah Arjuna di Candu Arjuna!

Selesai bermain kuda dan berborak-borak dengan family ni di sana, kami teruskan perjalanan untuk pulang ke homestay bagi mengumpul tenaga yang hilang bagi pendakian esok. Eh...belum habis lagi day 4...lanjutkan bacaan anda!

     Dalam perjalanan kami terserempak penjual makanan(aku lupa apa nama) yang berasaskan sayur. Tapi aku lupa nama makanan tu...Sayur pecel kalau tak silap aku..hehe...aku tak biasa makan, so aku makan sikit ja. Dorang berselera makan, tapi tidak aku. Aku cuma lyan kuah sambalnya, teringat zaman sekolah. Sebiji rasa kuah pantolan yg dijual di depan sekolah ku....

   Dalam perjalanan menuju ke kereta, terserempak lagi dengan penjual jagung bakar. Kali ni Mai yang belanja jagung bakar..nyum2 dapnyaaa... Kami makan dalam kereta sambil menuju pulang ke homestay. Kata Supir "gak pa pa, makan aja...". Hehe..lalu depan signboard Dieng, tak sah lah datang Dieng tak selfie situ baiii. Sila rujuk gambar di bawah.

Dengan tangan masing2 masih memegang jagung bakar kami. Kamilah Pahlawan Jagung!!! Hihi..

Wajib gambar kat sini okay!

Tamatlah liburan kami petang itu, kami terus ke homestay lepak2 sepanjang malam di sana. Jejaka2 macho ini pun berborak2 sampai tengah malam, merasa caricar(sebutannya karika) yang hanya boleh didapati di sini. Pasang lagu di laptop dan bernyanyi2 lah kami. Letih dan tidurrrrrr...

    Tidur nyenyak malam tu tapi terganggu sedikit dengan bunyi yg datang dari pesta kesyukuran orang kampung. Mereka membuat pertunjukan wayang kulit malam tu, diri ini rasa nak pergi tengok. Tapi apa boleh buat, kudrat itu keperlukan untuk pendakian esok hari. Pesta tu dibuat sebagai tanda kesyukuran kerana tanaman yang berhasil. Naim kata "ini orang kampung semuanya sedang kaya-kaya ni, tanaman mereka baru sahaja dituai".

__________END DAY 4_________

LINK DAY 2:Catatan Hari Ke 2
LINK DAY 3:Catatan Hari ke 3
LINK DAY 5:


Catatan Jelajah Bumi Jawa Tengah (Jogjakarta-Magelang-Dieng) Day 3

Hari ke 3 Trip Bumi Jawa Tengah- Menawan Puncak Gunung Merapi

Tidur yang nyenyak di Gunung Merapi semalaman walaupun agak sejuk, tapi aku rasa segar dan bertenaga walaupun hanya tidur beberapa jam. Sepatutnya kami bangun awal sebelum jam 5 untuk tiba di puncak sebelum Sunrise. Tapi kerana terlalu lena tidur, kami cuma dapat menyaksikan sunrise dari situ sahaja. Tapi alhamdulillah, pemandangan yang disajikan tidak kurang hebatnya! Aku orang pertama yang bangun, aku tengok yang lain sedap gila tidur... Guide dua orang tu pulak(Naim dan Maat) menggigil tidur di luar khemah, kesian.

Aku laju keluar khemah terus tengok langit, dah cerah. Fajar dah kelihatan dihujung langit. Tapi matahari belum terbit, maknanya aku belum terlambat. 

Aku cari tempat lepak paling best untuk tengok sunrise pagi tu, mana tau kan boleh dapat golden sunrise. Aku jumpa batu besar, aku pun panjat. Perlahan2 aku tengok fajar merah meninggi dan matahari mula menampakkan kepala botaknya. Hehe...indahnya susah nak digambarkan dengan kata-kata. Lihat sendiri gambar di bawah....

Matahari malu-malu..
Time ni aku sendiri lagi, aku dengar bunyi dari kemah dan aku perhatikan Lan dah terjaga, "Aku jerit OII Lan cepat tengok ni, rugi tak tengok!"
Suara aku pagi tu memecahkan langit, hehe over lak semua terjaga maka bermulalah sesi fotografi kami.
Muka baru bangun si Rastafari ni
Golden Sunrise! YEAHHH!
Kameha meha!!!!
Muka mintak kaki menahan silaunya mentari pagi.
Aku di atas awan, di balik langitMu

Selesai menikmati hangatnya(hangatlah sangat) mentari pagi, kami kemas barang masukkan ke dalam kemah dan melanjutkan pendakian ke pasar bubra(pos terakhir sebelum puncak).

Jalan pendakian ke puncak amatlah mencabar, menguji stamina dan kudrat. Bayangkan nak melangkah memang kaki 90° untuk naik, satu langkah tu memang perah tenaga gila. Dapat lah 1 langkah, aku kuatkan langkah demi langkah pastu tersilap step. Terpijak pasir batu yang halus, termundur aku dalam 10 langkah ke bawah. Sakitnya hati. Hahahaha! Nasib baik dapat cengkam, kalau tak terus ke bawah sana aku mula semula 😂

Namun jiwa kami kental untuk tidak mengalah. Dorang laju je naik, aku relex2 je borak2 dengan member gelak2 tak mau push diri sangat sebab trail memang steep. Silap langkah jatuhlah berguling-guling. Ada kes orang jatuh patah-patah tangan n rusuk. Memang seram lah kalau bayangkan jatuh situ.

Langkah demi langkah ku kuatkan...sampai jugak di puncak! Gembira tak terkata oi...aku berjaya tawan puncak pertama ku. Jom layan gambar....

Belakang tu kawah Gunung Merapi, jatuh ke sana maka kau akan tinggal kenangan di dunia ini.
Cuaca yang baik menyambutku.

Tengoklah macam mana curamnya trail ke puncak.

Kami semua 😊

Gambar yang aku rakamkan di sini tak banyak sebab handphone aku dah lowbat. Proses menuruni Merapi sangat seronok, kami meluncur laju ke bawah(tapi kena hati2 takut terguling). Kami meluncur dan menjerit kegembiraan macam budak2 hahaha..great moment! Kami kembali ke kemah kemudian breakfast lalu turun.

Untuk turun tu kami lalu jalan lain shorcut terus sampai ke pos 1(ada 3 pos). Turun tu memang menguji lutut dan betis wooo..berkat kesabaran, tiba juga di basecamp. Kami makan tengahari di sana dan melanjutkan perjalanan ke Dieng.

Perjalanan ke Dieng Wonosobo.

Setelah gurau senda dan masa berkualiti yang kami kongsikan bersama, grup kami menjadi lebih akrab. Macam dah kenal lama kot, guide dah xmacam guide...haha..semua kawan2 ja sekarang. Dalam kereta masing2 layan karoke sama2 lagu2 yang main kat radio.

Inilah Dieng, view ni aku ambil ketika turun dari Gunung Prau yang akan aku ceritakan nanti.
Dieng Wonosobo ataupun Dieng Pletau adalah daerah perkampungan tinggi. Suhu di sini memang dingin, Dieng ni bagi aku daerah yang sangat istimewa. Digelar "Negeri tersembunyi" kerana dikelilingi hutan dan juga "Negeri atas awan" kerana memang atas sejuk dan tinggi. Hmm...Aku pasti kembali je sana.

Perjalanan agak lama, kebas jugaklah bontot duduk dalam kereta. Singgah makan beberapa kali, kami tiba di Dieng lebih kurang jam 9 malam. 

  Sampai ja homestay, kami yg kedinginan ni membersihkan diri mandi dengan air panas(nasib baik ada air panas). Sejuk gila menggigil woo. Homestay kami tu terletak di pintu masuk Gunung Prau so nanti nak daki Prau memang dari situ je la. Tapi belum lagi, kami ada 2 malam 1 hari untuk merehatkan diri yang baru selesai bertarung dengan Merapi.

   Malam tu santai, kami berborak minum kopi bercerita tentang pengalaman masing-masing lalu tidur setelah seharian kepenatan.

________END DAY 3_________

Link day 4:Catatan Hari Ke 4



Catatan Solo Trip ke Bumi Jawa Tengah- Day 2 (Jogjakarta-Magelang-Dieng)

Hari ke-2.

Semalam tidur aku memang lena, mungkin sebab penat apa tidaknya dari airport terus ke Prambanan pastu gi hiking pulak. Aku bangun agak lewat hari ni, sebenarnya dah bangun awal tapi memandangkan tuan rumah si Alex ni nyenyak tidur aku pun tertidur sampai jam 8 pagi. Alex melayan aku baik sekali, bangun sahaja aku terus mandi. Sebelum mandi sempatlah berbual dan bergurau dengan Alex yang juga baru bangun tidur. Habis mandi, aku tengok Alex dah siapkan sarapan pagi. Wahhh....best 😊😊😊😊

Mengikut rancangan hari ni, aku akan bertemu dengan Khusnul Maat mountain guide yang kukatakan sebelum ini untuk trip ke Magelang dan Dieng. Jadi selesai saja sarapan, kami bersiap terus untuk ke airport yang jadi meeting point kami sebab beberapa rakan pendaki dari Malaysia akan tiba hari ni yang akan turut bersama aku untuk trip seterusnya.

Oleh kerana hari ni hari kemerdekaan Indonesia, jalan agak sesak membuatkan perjalanan Khusnul Maat ke airport mengambil masa yang amat lama. Jadi aku dan Alex merancang untuk singgah ke Candi Ratu Boko sementara menunggu mereka.

Candi Ratu Boko ni sebelumnya tidak berapa popular dikalangan pelancong, tetapi mula menjadi tarikan semenjak adegan Rangga dan Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dirakamkan di sini. Keadaan pada waktu itu terlalu panas membuatkan aku mengambil masa hanya setengah jam untuk cuci mata di situ. Jom layan gambar....

Bukan Rangga, hanya lelaki biasa .ahhaha

Bila sendiri selfie lagi
Ni view ke bawah bukit.

Terik terik pun selfie jugak
Terik, kalau nak datang sini...baik datang pagi atau petang. Sunrise dan sunset di sini memang cantik. Tapi oleh kerana aku ni tak banyak masa, datang jelah bila2 aku suka 😂😂😂

Selesai cuci mata makan angin sampai perut pun dah berangin, aku dan Alex cari makanan di sekitar airport. Tengahari tu aku makan Soto daging yang memang Jogjakarta bangeeettt! Sedap dan asli. Lepas makan santai2 tunggu kawan hikers lain dan guide kami tu. Berborak dengan Alex kat tepi jalan, cuci mata area situ aku dah macam pengamen nyanyi2 kat situ(sebab terlalu happy dan tak percaya aku di jogja). Seronok aku dengan backpack aku yang berat tu pun dah tak terasa.

 4 jam menunggu, guide aku pun tiba bersama hikers2 yg aku kata dari Malaysia tu. Lama tu, tapi aku tak salahkan guide tu sebab dorang naik kereta nak redah jem bukan salh dorang terlambat. Lagipun sempat jugak aku cuci mata kat jogja kan. 

Alex menghantar aku dan jumpa dengan mountain guide lagi sorang yang slumber berkaki ayam kat jalan besar tu...hahaha..santai giler mamat ni dalam hati aku laaa.. Alex sempat bercakap dengan brother tu yang namanya Naim. Diorang sembang bahasa jawa, aku blurrr. Tapi kelihatan Alex agak serius mungkin sedikit marah kerana mereka lewat datang. Aku pun bersalaman dengan Alex lalu naik kereta dan situlah aku pertama kali berjumpa dengan family baru aku di sana iaitu Supir si Raditya, Guide si Naim dan Maat derta hikers lain dari Malaysia iaitu Lan, Mai, dan Iera (bukan nama sebenar..cehhh). 


Perjalanan Ke Gunung Merapi. 

Perjalanan tu kami berborak2, aku membuka bicara dengan bertanya soalan2 yang tak perlu aku tanya pun sebenarnya. Kerana aku rasa terlalu sunyi kereta tu, maklumlah semua baru bersemuka 😂😂 Dah habis soalan aku suruh ja Radit pasang lagu di radio.

Kami singgah di Sleman untuk solat dan membeli bahan mentah untuk bekalan di gunung nanti. Dorang shopping sakan kat dalam kedai tu, aku mengambil peluang yang ada untuk berasap surya berborak dengan supir si Radit. Ramah orangnya dan kami saling faham apa yang kami katakan. Mungkin kerana aku berlidah "sabah" jadi bunyi dan sebutan ku mudah difahaminya. Aku pula memang biasa dengan bahasa indonesia sebab aku ramai kawan2 dari Indonesia yang menetap di Malaysia. (Lari tajuk) Di sini kami membuat pembayaran untuk belanja sepanjang perjalanan 4 hari nanti yang sangat2 murah tidak sampai Rm100 sehari termasuk makan, tiket masuk wisata, transport dan guide  pokoknya ya gak usah keluar uang lagi lah ! 😂

Kami singgah makan di gerai tepi jalan. Aku makan Nasi Kucing, tak ada kucing pun dalam nasi tu. Ia macam nasi lemak tapi hanya nasi sikit dan sambal. Harganya cuma 30sen klu ditukar duit Malaysia. Memang santai weyh, makan bersila.kat kaki lima bentang karpet. Hahaha...tapi kami enjoy. Itulah beza pengembara dengan pelancong okay!

Tiba di Basecamp Merapi.

Kami tukar pakaian dan bersiap2 packing barang2 yang diperlukan untuk hiking dan tinggalkan yang tak diperlukan dalam kereta. Aku agak risau sebab first time kot hiking 😂😂😂

Ketua grup kami ialah Naim, dia memulakan dengan peringatan dan doa. "Kita perlu betulkan niat, kita mendaki untuk menikmati alam bukan untuk merusak". Tu sepatah ayat dia yg aku ingat.

Kami mula dengan perlahan untuk memanaskan badan dan otot bergerak sedikit demi sedkit menghampiri puncak lalu mengambil keputusan untuk mendirikan khemah selepas hampir tiba di Pasar Bubra(pos terakhir sebelum puncak).

Alhamdulillah perjalanan kami lancar malam tu walaupun dalam grup kami tu aku dan Iera merupakan newbie kaw2 dalam dunia hiking ni. 😊 We just go on with the flow.

Kami tidur dengan keadaan yang sangat sejuk malam tu. Aku dah macam ulat dalam kepompong dalam khemah dengan sleeping beg aku yang amat selesa..hehe.. Pemandangan malam tu sangat indah, bulan purnama dan boleh lihat perkampungan di bawah serta beberapa gunung berhampiran juga kelihatan.  Layan gambar jom..
Gelap sangat...bawah tu perkampungan
Aku di Pos 2, tak ada gaya hiker langsung. Macam budak kokurikulum ada lah 😅
Ni Lan. Hiker yang dah biasa dengan gunung2 d Malaysia.



______________END OF DAY 2_________________


Link Day 3: Trip Hari Ke 3

Catatan Solo Trip ke Bumi Jawa (Jogjakarta-Magelang-Dieng)

Aku tuliskan catatan ini biar tidak terhapus dalam ingatan ku sendiri. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca 😉

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Persiapan Sebelum trip.

Sudah lama aku mengidamkan untuk memulakan kembara ku sendiri, ku akui aku terpengaruh dengan catatan petualang lain yang berada di bumi asing menceritakan betapa pengembaraan itu merupakan sesuatu yang sangat indah. Aku hanyalah buruh biasa yang memiliki pendapatan yang biasa-biasa saja, namun cita-citaku besar untuk menjejakkan kaki dan menapakkan sujud ku kepada yang Esa di serata buminya.

Seusai sahaja aku menamatkan bacaanku di internet, aku yang berkobar-kobar langsung saja memulakan pencarian lokasi yang aku ingin jelajahi. Hampir seminggu ku ambil untuk membuat keputusan yang aku akan memulakan jelajah pertama ku di bumi Jawa Tengah. Itu pun setelah aku meminta pendapat daripada teman-teman ku dari Indonesia yang hanya aku kenali dari laman Facebook. Khusnul Maat, inilah sahabat yang membantu aku merancang pengembaraanku. Dia adalah seorang Mountain Guide yang berasal dari daerah Pekalongan. Seorang yang jujur dan sedia membantu aku ketika di sana.

Nasibku baik, kerana aku mendapat tiket yang murah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta. Aku akan terbang dalam dua bulan lagi, tapi semangat ku sudah pun di sana. 😂

Aku merancang perjalananku dengan agak teliti, aku memutuskan untuk mengambil cuti 7 hari iaitu dari 16 hingga 22 0gos. Aku telah mengenali seorang sahabat bernama Alex yang aku kenali melalui aplikasi sosial untuk backpackers iaitu Couchsurfing. Setelah membaca references dari pengguna lain tentang beliau, aku mengambil keputusan untuk meminta beliau menjadi host ku sepanjang di sana. Dia tidak keberatan langsung dan terus sahaja bersetuju. Oleh kerana aku mengenali beliau agak lama sebelum berjumpa, kami sudahpun akrab di dunia maya dan keakraban itu semakin terjalin setelah bertemu.

Susah payah ku membuat Passport pertama kali.

Nak ceritakan tentang susah payahnya aku menguruskan passport ku? Memang kerja gila. Kebetulan Imigresen akan membuat sistem baru online, dan buku pasport pula habis di semua cawangan seluruh KL. Jadi nombor giliran dihadkan kepada 80 nombor sahaja sehari, memang kena beratur seawal 4 pagi oi! Menyesal aku buat last minit, 3 kali aku ke imigresen baru dapat nombor. Tak cukup tidur dibuatnya sebelum subuh lagi dah kena beratur.

Dah dapat nombor, tak boleh buat pulak. Alasannya aku orang Sabah jadi segala urusan passport harus lah dibuat di Pejabat Cawangan Jalan Duta atau Putrajaya sahaja. Sia2 aku korbankan masa tidurku, hanya seminggu tinggal sebelum penerbanganku ke Jogjakarta.

Aku ke jalan Duta lain hari, sampai di sana aku buntu. Pegawai tu kata urusan itu akan mengambil 5 hari masa berkerja, sedangkan flight ku keesokan paginya. Rasa kesal, aku kira jelajah kembara Bumi Jawa ku akan jadi impian yang tak tercapai.

Aku ulang alik, dari Jalan Duta ke UTC Sentul. Sebab aku masih ingat pegawai di UTC Sentul kata boleh buat passport biasa cuma aku akan rugi tak dapat nikmati hak penduduk Sabah. Aku tak kira, yang aku tahu aku mau dapatkan passport. Pening, pegawai di Sentul pula kata Jalan Duta saja boleh tolong aku ketika itu. Aku ke Jalan Duta lagi, dia kata tak boleh. Aku ke Sentul lagi. Hahaha...macam ping pong aku dibuatnya.

Aku berputus asa, dan menyerah. Duduk terdiam di satu sudut tapi Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran. Pegawai di Jalan Duta kesian tengok aku sebab dari pagi lagi ulang alik, maka dorang pun buatkan aku passport emergency. Dapat hari tu jugak. Thanks abang dan akak imigresen jalan Duta.
Sukses! Semangat muncul kembali...hehe
Hari Pertama

Aku bangun seawal 5:30 pagi dan bersiap kemudian terus ke KL Sentral, aku sudah lama tidak ke Airport dan oleh kerana ini pertama kali aku ke KLIA2, aku tidak tahu berapa lama masa akan ku ambil untuk perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2. Aku yang agak tergesa-gesa tiba di KL Sentral pada pukul 7 dan aku tahu aku harus tiba di KLia2 sebelum 8:45 untuk boarding.

Oleh kerana takut terlambat, aku terpaksa menaiki KLIA Ekspres ke sana. Dengan harga RM55, aku agak sedih kerana bagiku terlalu mahal. Mana tidaknya, jika menaiki bas hanya menelan kos RM10 sahaja. Aku bertambah sakit hati apabila mengetahui rakanku mengambil masa tidak sampai 1 jam pun untuk tiba ke KLIA2 menaiki bas. Haha, apalah nasib.

Perjalananku menaiki KLia Ekspress mengambil masa 35 minit untuk tiba, setibanya di sana aku terus meminta pegawai Air Asia untuk mencetak boarding pass ku kerana aku telah self check in melalui atas talian. Kemudian aku terus masuk ke gate 8 bersedia untuk boarding. Oh ya, for smokers. Sila merokok sebelum masuk gate, sebab di dalam tak ada smoking area.

Ini lah tiket RM55 tu. 😑 tapi ok lah dapat jugak merasa naik.
Tiba di Airport Adisucipto, Jogjakarta.

Aku masih takut naik kapal terbang kerana pengalaman terakhir ku yang sangat menakutkan buat aku trauma. Tambahan pula aku ni suka layan Aircrash Investigation di youtube. Tapi alhamdulillah, cuaca baik pagi itu dan penerbangan sangat lancar.

Turun sahaja dari kapal terbang, aku selfie dan kemudian masuk ke airport terus sahaja mencari wifi yang bisa kusambungkan untuk memaklumkan keluarga tersayang aku selamat tiba. Alhamdulillah dapat sambung wifi.id yang percuma. Aku terus menghubungi keluarga dan temanku Alex untuk mengkhabarkannya tentang ketibaanku.

Aku terus berbaris untuk pemeriksaan Imigresen, isi borang untuk declare barang, dan kemudian pemeriksaan kastam. Tidak terlalu rumit, hanya perlu menjawab beberapa soalan dari pegawai di situ. Antara soalannya, kamu datang dengan siapa, ke mana tujuan, akan tinggal di sana berapa lama, tinggal di mana. Selesai dengan jayanya, aku keluar dan mencari Alex. Aku tidak perasan dia di depan mataku dan memanggil-manggil aku dari tadi. Haha....

Kami duduk sebentar menarik nafas dan berbual-bual sebelum meneruskan perjalanan ke Prambanan Temple. Ia adalah sebuah kuil yang agak besar, dan sangat tinggi. Cantik dan penuh sejarah, tapi sebelum itu, aku dan Alex singgah ke warung masakan Padang. Selesai makan aku terus ke Prambanan yang terletak dihadapan warung tersebut. Aku masuk sendiri, Alex di luar menunggu aku dengan bagpack aku yg besar tu 😂 Layan gambar dulu yer..

Candi Prambanan
Ketika memasuki kompleks Candi Prambanan
Tinggi...huhu
Nak tangkap gambar kat tangga tu tapi ade je orang :(

Agak ramai orang tapi tak crowd sangat.

Bila sendiri, Selfie lah jawabnya.

Kelihatan candi-candi yang runtuh.
View dari depan.


Kagum, aku sangat kagum. Melihat binaan yang penuh seni ini, tinggi. Aku terfikir bagaimanakah pembinaan bangunan bersejarah ini? Pusing-pusing di sini hampir sejam, aku keluar kompleks candi dan terus mencari Alex yang berada di luar menunggu aku dari tadi. Dia bertanyakan kepadaku tentang tujuanku, aku menyerahkan kepadanya kerana aku tahu dia lebih arif. Kami kemudian pulang ke rumah Alex yang terletak di Gunung Kidul. Berehat sebentar, berborak-borak, lalu kami keluar semula.

Alex membawa aku ke Gunung Api Purba, sebuah volcano lama di kawasan Gunung Kidul. Gunung ini hanya 700mdpl(meter dari paras laut) namun cukup melelahkan aku kerana bentuk laluan yang pelbagai, berbatu, melalui celah-celah batu sempit, menaiki curam dengan tali. Layan gambar kejap....

Pergh..indahnya dilamun cinta.. 😂
Merenung jauh ke kota Jogjakarta.
Bajet je budak poyo ni 😂


Kami naik jam 6 lebih..lepak di atas, santai lalu turun dalam jam 8 tiba di bawah langsung pulang ke rumaj Alex menikmati soto dan tempe. Malam tu adalah sambutan kemerdekaan Indonesia, tapi kami tidak pergi sambut pun sebab keesokan hari aku akan mendaki Gunung Merapi pula dengan teman ku Khusnul Maat serta beberapa orang lagi pendaki dari Malaysia.

_________________END OF DAY ONE______________

Klik untuk Catatan Hari Ke-2