Saturday 3 September 2016

Kembara Bumi Jawa: Hari Ke 5 "Gunung Prau"

Day 5 Kembara Bumi Jawa: Mendaki Gunung Prau

Indah lelapku yang hangat di dalam kedinginan(waw) dikejutkan dengan suara Naim yang memanggil nama aku sambil tangannya menggerak2kan kaki ku untuk bangun bersiap kerana kami harus memulakan pendakian dalam setengah jam lagi untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.






Betul-betul ambil masa setengah jam untuk kami semua bersiap cuci muka gosok gigi, air memang sejuk gila kot. Terkenang kesejukan di Kundasang, Sabah. Aku pakai jeans je, tapi tak digalakkanlah. Jangan ikut hamba, hamba ni langgaq je...

Selesai berselfie, kami meneruskan perjalanan yang agak lewat ni. Kami harus sampai puncak dengan cepat kalau nak tengok sunrise. Tapi aku biarkan dorang jalan di depan, aku mendaki sambil menikmati pemandangan yang indah di pagi yg gelap tu sambil layan lagu2 kegemaran aku dalam handphone. 

Kali ni aku dah siapkan caj powerbank dan hp aku full, so boleh layan lagu dan tangkap gambar banyak2. Jom layan gambar ni.. 





Yang nampak milky way tu, aku tangkap pakai setting long exposure f2, 11", 1600. Aku dah nak sampai puncak time tu matahari belum terbit lagi, bulan pulak masih terang. Bagaikan semuanya nak join meeting kami kat puncak Prau. Huhu betuah nasib badan.




Aku nak tengok kemunculan si botak matahari di ufuk langit tapi aku takut terlambat sebab waktu tu aku tak sampai lagi. Apa lagi, dengan tenaga yg masih banyak aku pun berlari(lari okay bukan joging) ke puncak...ku tinggalkan si Naim dan Iera di belakang.

Betapa girangnya dalam hati ini, pemandangan di atas tu memang super awesome! Aku berikan gelaran baru kepada Dieng iaitu "daerah seribu gunung"...walaupun taklah seribu, tpi memang boleh tengok puncak2 gunung lain dari sini...layan timelapse sunrise..




Oleh kerana HP aku digunakan untuk merakam video timelapse tu yg mengambil masa hmpir setengah jam untuk dirakam, aku tak banyak gambar-gambar sunrise.

Kami bagaikan kanak-kanak riang waktu tu, berlari melompat lompat, berguling, pusing2..haha..macam2...layan gambar...









Hahhh...lepas tu kami pun menuruni gunung

No comments:

Post a Comment