Wednesday 11 May 2016

Peradaban manusia-Zaman Pra Sejarah?

Pengenalan.

Kita dididik sejak dari bangku sekolah lagi tentang kisah-kisah pra-sejarah logam,neolitik,mesolitik dan banyak lagi. Tapi percayalah bahawa manusia yang kita katakan manusia pra-sejarah, bercucuk tanam, berpindah randah itu sebenarnya memiliki peradaban yang jauh lebih maju yang ada pada kita hari ini.

Mesti ada yang fikir "Eh suka-suka dia ja nak kata sejarah salah. Dia ni sapa nak nafikan sejarahwan yang terer2". Baiklah saya cuma rakyat Malaysia biasa, yang belajar takat SPM, cuma dapat C+ dalam mata pelajaran sejarah. Kenapa saya berani menafikan sejarahwan? Sebab dari umur saya 10 tahun, saya dah isi kepala saya dengan kisah-kisah dalam al-Quran. Rutin harian saya belek tafsir al-Quran yang tersimpan dalam bilik hari-hari(time tu tak banyak buku lain kebetulan pula suka baca kisah2 nabi dan sejarah dari dalam al-Quran)

Tapi semenjak masuk sekolah menengah, saya cuba mencari kesinambungan antara buku sejarah dan al-Quran. Tetapi terlalu banyak kekeliruan. Saya terlalu mentah, saya tak dapat terima sejarah dari buku teks dan tak percaya apa yang diajar disekolah dalam buku teks.(hehe patutlah dapat C)

Manusia zaman dahulu lebih maju.

Okay cukup, pasal saya. JOM kita rujuk tafsiran surah dan fakta yang ditemui di zaman "moden" ini.

Terjemahan Surah Ar-Rum ayat 9:

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat daripada mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. "


Jadi apakah kita rasa kita sudah cukup moden sekarang? Sedangkan Allah sendiri kata dalam ayat ni bahawa orang-orang dahulu lebih memakmurkan bumi dari kita malah lebih kukuh kedudukan mereka atas bumi ni berbanding kita. Jadi, jika betul mereka lebih maju dari kita mana kesan-kesan peninggalan mereka?

Boleh saja kemajuan mereka waktu tu jauh berbanding kita sekarang, mungkin kita belum terfikir lagi alatan dan teknologi moden yang boleh melupuskan bahan buangan seperti beg plastik tanpa kesan kepada alam langsung. Atau adakah  mereka sudah menggunakan teknologi nuklear yang lebih canggih? Tiada yang mustahil tentang betapa modennya mereka pada zaman itu. Mari kita imbas semula jangka hayat Rasul-rasul. Dan berfikir secara logik akal tentang perkembangan peradaban manusia. Buat yang masih percaya dengan "cucian otak" barat bahawa manusia berasal dari beruk sila baca posting saya sebelum ni.

Nabi Adam sahaja hidup di dunia ini dalam 1000 tahun, Rasul-rasul yang lain menyusul dengan jangka hayat yang makin pendek. Ini hanya anggaran ada yang 600, 300, 200, 100. Dalam rentasan jarak masa ini, saintis menganggarkan jarak masa manusia pertama iaitu Nabi Adam dengan masa ini adalah 6000 tahun. Ada kah anda percaya dalam masa 6000 tahun, manusia terdahulu hidup bercawat, bercucuk tanam, tidak pandai berkomunikasi? Dan anda berbangga dengan pencapaian kita hari ini umat Muhammad yang berusia 1400 tahun ini?

Dalam masa 1400 tahun saja kita sudah mencapai kemajuan seperti hari ini, padahal pada zaman kehidupan Rasulullah, mereka hanya menunggang unta, menaiki kuda dan berperang dengan pedang dan panah. Ini semua dimiliki dalam kurang dari 1500 tahun padahal manusia sudah berusia 6000. Masa untuk kita berfikir semula. Kaum-kaum terdahulu juga diutuskan Rasul dan Nabi untuk menyampaikan risalah sebagai utusan Allah. Namun mereka ingkar, sehingga Allah turunkan bala.

 Apakah anda pernah terfikir, cuba letakkan diri anda pada masa itu. Zaman di mana adanya Rasul  pembimbing, anda pula adalah seorang yang kuno ditunjukkan kepada anda mukjizat dan kebesaran rasul, diajarkan anda ilmu2. Sudah tentu anda mudah untuk mengikut bukan? Tapi oleh kerana kaum terdahulu terlalu bijak, mereka telah mencapai kemajuan yang terlalu megah mereka terlalu yakin dengan kebolehan mereka untuk survive sehingga beraninya mereka mempersoalkan hukum Allah dan memperolokkan Rasulnya dan akhirnya membawa kepada kehancuran mereka sendiri.

Rujuk kisah Nabi Nuh, dimana Nabi Nuh A.s membina kapal yang sangat besar untuk membawa setiap spesies binatang di muka bumi berpasangan.
Tidak mustahil mereka membinanya di dalam hangar yang besar dengan kemajuan teknologi yang canggih pada ketika itu bukan?

Setakat ini sahaja dahulu penulisan di sini. Seterusnya saya akan sambung tentang penemuan-penemuan bateri zaman purba, penemuan kesan uranium pada tapak mayat, dan banyak lagi penemuan mengejutkan abad ini termasuklah misteri kaum Mayan.

Thursday 5 May 2016

Manusia berasal dari keturunan monyet? Teori Darwin?

Palsu, itu yang saya boleh katakan di sini. Perkara mustahil ini adalah kerana dalam kitab manapun, dinyatakan manusia pertama adalah Nabi Adam a.s. yang diciptakan di syurga. Lalu dijadikan pula pasangannya Hawa. Lalu mereka diturunkan ke bumi atas kesilapan sendiri. Telah di ajarkan Adam berkata-kata dan mengenali benda. Adakah seorang manusia yang berpangkat Rasul merupakan seekor beruk? Adalah amat mustahil.

     Teori Darwin adalah pemikirannya sendiri dan beliau sendiri terkeliru mengenai beberapa perkara. Namun, pihak tertentu yg mahu menyesatkan umat manusia langsung mengangkat teori ini padahal bukan semua saintis dan doktor menyetujui teori evolusi ini.  Untuk apa? Untuk menjauhkan kita dari kitab pegangan kita dan agama.

     Tapi DNA cimpanzi@orang utan adalah sangat serupa dengan DNA manusia, apa penjelasan tentang ini? Mari kita merujuk kepada al-Quran.

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kalian kera yang hina"." [Surah al-Baqarah : ayat 65]


"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kalian kera yang hina"." [Surah al-Baqarah : ayat 65]

Allah S.w.t berfirman bahawa sesungguhnya kalian (hai orang-orang Yahudi) telah mengetahui azab yang menimpa penduduk kampung itu yang durhaka terhadap perintah Allah dan melanggar perjanjian dan ikrar-Nya yang telah Dia ambil dari kalian. Iaitu kalian mesti mengagungkan Hari Sabtu dan mentaati perintah-Nya. Dikatakan demikian kerana perkara tersebut disyariatkan kepada mereka. Akan tetapi pada akhirnya mereka membuat "hilah" (helah) agar mereka tetap dapat berburu ikan pada hari Sabtu, iaitu dengan cara meletakkan jaring-jaring dan perangkap-perangkap ikan sebelum hari Sabtu.

Apabila hari Sabtu tiba dan ikan-ikan banyak diperolehi sebagaimana biasanya, ikan-ikan tersebut terjerat pada jaring-jaring dan perangkap-perangkap tersebut, tiada satu ikan pun yang selamat pada hari Sabtu itu. Apabila malam hari tiba, mereka mengambil ikan-ikan tersebut selepas hari Sabtu berlalu. Ketika mereka melakukan perkara tersebut, maka Allah mengutuk rupa mereka menjadi kera.

Al-Aufi mengatakan dalam kitab tafsirnya, dari Ibnu Abbas r.a, sehubungan dengan firman-Nya;

"....... lalu Kami berfirman kepada mereka, "Jadilah kalian kera yang hina."  [Surah al-Baqarah : ayat 65]

Bahawa Allah S.w.t menjadikan sebahagian dari mereka (Bani Israel) kera dan babi. Dipercayai bahawa para pemuda dari kalangan mereka disumpah menjadi kera, sedangkan orang-orang yang sudah lanjut usianya disumpah menjadi babi.

Ad-Dhahak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Allah mengutuk mereka menjadi kera kerana kedurhakaan mereka. Ibnu Abbas mengatakan, mereka hanya hidup di bumi ini selama tiga hari. Tiada suatu pun yang dikutuk dapat bertahan hidup lebih dari tiga hari. Selepas rupa mereka dikutuk dan diubah, mereka tidak mahu makan dan minum serta tidak dapat mengembang-biakkan keturunan. Kerana sesungguhnya Allah telah menciptakan kera dan babi serta makhluk lainnya dalam masa enam hari, seperti yang disebutkan di dalam kitab-Nya. Allah merubah rupa kaum tersebut menjadi kera. Demikianlah Allah dapat melakukan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia dapat merubah rupa ke dalam bentuk seperti apa yang dikehendaki-Nya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Surah Al-Baqarah : ayat 65]


Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij, telah menceritakan kepadaku seorang lelaki, dari Ikrimah yang mengatakan, "Pada suatu hari aku pernah datang kepada Ibnu Abbas. Ketika itu Ibnu Abbas sedang menangis, dan tiba-tiba ternyata dia sedang memegang mushaf di pangkuannya. Maka aku merasa segan untuk mendekatinya. Aku masih tetap dalam keadaan demikian (menjauh darinya) hingga pada akhirnya memberanikan diri untuk maju dan duduk dekatnya, lalu aku bertanya, "Hai Ibnu Abbas, apakah yang membuatmu menangis? Semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu." Ibnu Abbas r.a menjawab, "Kerana lembaran-lembaran ini."

Ikrimah r.a melanjutkan kisahnya, "Temyata lembaran-lembaran yang dimaksudkan adalah surah Al-A'raaf. Lalu Ibnu Abbas bertanya, "Tahukah kamu kota Ailah?" Aku menjawab, "Ya." Ibnu Abbas berkata bahawa dahulu di kota itulah tinggal suatu kabilah Yahudi yang dijinakkan ikan-ikan kepada mereka pada hari Sabtunya, kemudian pada hari yang lainnya ikan-ikan itu menyelam ke dalam laut, sehingga mereka tidak dapat lagi menangkapnya kecuali setelah mereka menyelam dan bersusah payah.

Pada hari Sabtunya ikan-ikan itu datang kepada mereka terapung-apung di permukaan air laut, kelihatan putih-putih lagi gemuk-gemuk, seakan-akan seperti perak seraya membolak-balikkan belakang dan perutnya di pinggir laut tempat mereka tinggal.

Mereka tetap menahan diri seperti demikian selama beberapa waktu. Kemudian syaitan membisikkan mereka seraya mengatakan sesungguhnya kalian hanya dilarang memakannya saja pada hari Sabtu. Kerana itu, tangkaplah oleh kalian ikan-ikan tersebut pada hari Sabtu dan memakan-nya pada hari-hari yang lain. Segolongan orang dari mereka mengatakan demikian, seperti yang dibisikkan oleh syaitan; sedangkan segolongan yang lainnya mengatakan, "Tidak, bahkan kalian tetap dilarang memakan dan menangkap serta memburunya pada hari Sabtu."

Mereka dalam keadaan demikian (berdebat) selama beberapa hari hingga datanglah hari Jumaat berikutnya. Maka pada keesokan harinya ada segolongan orang dari mereka berangkat menuju ke tepi pantai bersama dengan anak-anak dan isteri-isteri mereka (untuk menangkap ikan), sedangkan segolongan yang lainnya (iaitu golongan yang kanan) mengasingkan diri dan menjauh dari mereka; dan segolongan yang lainnya lagi (iaitu golongan kiri) memisahkan diri, tetapi diam, tidak melarang.

Golongan kanan mengatakan, "Celakalah kalian ini dari seksa Allah. Kami telah melarang kalian, janganlah kalian menjerumuskan diri kalian ke dalam seksaan Allah." Lalu golongan kiri mengatakan (kepada golongan kanan), seperti yang disebutkan oleh firman-Nya;

"Mengapa kalian menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" [Surah Al-A'raaf : ayat 164]

Golongan kanan menjawab, seperti yang dikisahkan oleh firman-Nya;

"Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhan kalian dan supaya mereka bertaqwa." [Surah Al-A'raaf : ayat 164]

Yakni agar mereka menghentikan perburuan ikan di hari Sabtu. Jika mereka mahu menghentikannya, maka hal tersebut lebih kami sukai agar mereka tidak terkena azab Allah dan agar mereka tidak dibinasakan. Dan jika ternyata mereka tidak mahu menghentikan perbuatannya, maka alasan kami cukup kuat kepada Tuhan kalian (untuk melepaskan tanggung jawab).

Akan tetapi, mereka yang dilarang tetap melakukan pelanggaran itu. Maka golongan kanan berkata, "Hai musuh-musuh Allah, demi Allah, sesungguhnya kalian telah melanggar, sesungguhnya kami akan datang malam ini ke kota kalian. Dan demi Allah, kami tidak akan melihat kalian pada pagi harinya melainkan kalian telah ditimpa oleh gempa atau kutukan atau sebahagian dari azab yang ada di sisi Allah."

Ketika pagi harinya tiba, golongan kanan mengetuk-ngetuk pintu perkampungan mereka, tetapi tidak dibuka; dan golongan kanan menyeru mereka, tetapi tidak ada jawapan. Akhimya golongan kanan mengambil tangga, dan seorang lelaki dari golongan kanan menaiki tangga itu dan berada di atas tembok kampung tersebut. Lalu dia melayangkan pandangannya ke seluruh perkampungan itu, kemudian berkata, "Hai hamba-hamba Allah, yang ada hanyalah kera-kera. Demi Allah, kera-kera itu meloncat-loncat seraya mengeluarkan suara jeritannya, semuanya mempunyai ekor."

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, "Lalu mereka (golongan kanan) membuka pintu gerbangnya dan masuklah mereka ke dalam perkampungan itu. Kera-kera tersebut mengenal saudara mereka dari kalangan manusia, tetapi yang menjadi saudara mereka dari kalangan manusia tidak mengenal kera-kera itu. Lalu kera-kera itu masing-masing mendatangi keluarganya dari kalangan manusia seraya menciumi pakatannya dan menangis. Maka saudaranya yang manusia itu berkata, "Bukankah saya telah melarang kalian melakukan hal ini?" Maka si kera menjawab dengan anggukan kepala yang bererti mengiakan.

Kemudian Ibnu Abbas membacakan firman-Nya:

"Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras. " [Surah Al-A'raaf : ayat 165]

Selanjutnya dia mengatakan, "Maka saya melihat bahawa orang-orang yang melarang perbuatan jahat itu telah diselamatkan, sedangkan saya tidak melihat golongan lainnya (yang tidak terlibat) disebutkan. Dan memang kita pun sering melihat banyak hal yang tidak kita sukai, tetapi kita tidak dapat mengatakan apa-apa terhadapnya."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Surah Al-A'raaf : ayat 165]


Nabi Daud a.s juga melaknat mereka yang melanggar larangan hari Sabtu itu. Kisah inilah yang pada mulanya disebutkan oleh firman-Nya;

"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa anak Maryam," [Surah al-Ma'idah : ayat 78]  hingga akhir ayat. Merekalah yang dikutuk menjadi kera-kera itu.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Surah Al-Baqarah : ayat 65]

Boleh saja penemuan rangka manusia seperti kera yang dianggap moyang kita dahulu  kononnya rupanya adalah kaum ini. Dan mungkin juga cimpan atau orang utan yang kita kenali sekarang ini adalah keturunan kaum tersebut. Wallahualam.