Saturday 4 November 2017

Kehidupan Sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan aka MA di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru aka KSKBJB

Okey di sini saya akan sambung cerita seterusnya kehidupan di KSKBJB ni yang tak lama lagi akan ditukarkan nama jadi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru ( ILKKMJB ). Pastu aku nak cerita pulak pasal kehidupan kokurikulum dan pelajaran di sini.


Ni lah pemandangan ILKKMJB dari kelas aku.



CHAPTER 1: MEMPERKENALKAN ILKKMJB


Tak tau mana nak mula, lets just begin dengan kelas aku. Kelas kami paling ramai iaitu 84 orang semuanya. Sebelum ni 87 orang. lebih lagi tapi yang ni ja tinggal selepas ada yang berhenti untuk pindah ke tempat lain dan ada yang tak nak teruskan atas sebab masing2. Tapi bagi aku dan yang lain, sini memang best.


Lokasi KSKBJB ni berdekatan dengan bandar JB so memang tiap minggu keluar lah jalan-jalan mengisi masa lapang dan menghilangkan tention. Kehkeh. Berbalik kepada cerita kelas aku, aku antara yang paling berumur, classmate aku rata-rata 19-21. So aku pun kadang-kadang jadi 19 dan kadang2 jadi tua jugak. Aku dilantik jadi AJK Multimedia untuk kelas kami, so korang boleh usha IG kelas kami ni @kskbjb_ma_c10_official untuk tengok aktiviti-aktiviti kelas kami. Gambar aku memang tak ada lah sebab aku tukang amek gambar..kahkahkah!
Ni lah IG kelas aku yang aku handle. Hehe..

So apa aktiviti-aktiviti di kolej yang aku buat? 

Waktu Kelas?

Baiklah, setiap hari Ahad sampai Khamis ada kelas, Jumaat-Sabtu hari cuti. Waktu kelas adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang. 15 minit sebelum pukul 8 dah kena ada di kelas okey. Kalau tak? Haa tengok tu dataran tengah2 bangunan gambar last tadi. Round sana lari beramai-ramai! Hahahahahaha...
Tapi setakat ni baru 1 kali kena lari situ, tu pun lumba lari gelak sakan lagi. Suka je kena denda sebab kena sekali dengan kawan2..kahkahkah!

Dengar cerita macam lama kan waktu kelas? Actually, pukul 10 ada rehat 30 minit. Boleh gi makan, gi tido kat dalam kelas ke, gi berak puas2 ke....or gi dating ngan awek course lain. Kahkahkah :P 
Then, pukul 1 rehat lagi sampai jam 2. Yang ni memang best, boleh balik bilik dan tidurrrrrr.

Secara rumusan:
Kelas Hari Ahad-Rabu: 8.00am-5.00pm
Kelas Hari Khamis: 8:00am-3.30pm
Cuti: Jumaat dan Sabtu

Outing?

Hari-hari boleh outing, makan kat luar ke, gi shopping ke, keluar duit ke. Lantak korang yang penting bila sampai masa untuk masuk kolej, korang kena ada di kolej. 

Kalau tak? 

Menghadap lah dengan ketua program. Macam aku hari tu aku balik rumah makcik aku, tapi dalam perjalanan pulang tu kereta dia rosak. Waktu outing sampai pukul 8 je tapi aku pkul 9.30 baru sampai. Kena tulis nama amek nombor matrik. 
Kena menghadap duli yang maha mulia ketua program kot. 

Denda dia? 

Pergi ke surau setiap hari selama sebulan dan setiap hari cuci toilet surau....hahahahahahaha! Aku kena dengan budak2 kelas aku yang balik lambat dari outing jugak. Padan muka kami...tapi tak de la kejam sangat. Tandas surau memang dah bersih, so kami datang ke surau dah cukup. Siram2 toilet lah kalau rajin sangat. Hehehehe....

Waktu Outing:
Ahad- Rabu: 5.30pm-8.00pm
Khamis: 3.30pm-6.45pm
Jumaat: 12.30pm-8.00pm
Sabtu: 8:00am-10.00pm

Elaun?

Cerita dah panjang, lupa pulak sebut pasal ELAUN. Elaun kami diuruskan secepat mungkin. Kawan2 dari kolej lain dah dapat masa bulan first. Kami pulak bulan ke dua baru dapat. Dah terbiasa pegang duit, bila dapat elaun ni 800 lebih ni agak tegang jugak urat menahan diri dari berbelanja. Hahaha...

Aktiviti di Kolej.

Masa mula-mula masuk kolej tu, maklumlah excited dengan kawasan baru. Semua tempat diteroka. Paling rajin pergi jogging kat trek balapan di Hospital Permai. Bersebelahan ja dari kolej ni, best jugak la lari2 sana. Boleh cuci mata tengok bunga2..hehehe...meh aku share foto2 aku acah-acah kat trek permai. Korang boleh follow sekali IG aku @pendekar_nomad promote jap..hehehehee...











Selain aktiviti berjogging, setiap hari khamis adalah hari keagamaan dan kerohanian. So, setiap Khamis akan ada bacaan Yassin di Surau dimana pelatih-pelatih sem 1 diwajibkan turun. Bagi agama lain adalah aktiviti dorang masing-masing jugak.

Apa lagi ya korang nak tahu pasal kolej ni? Apa-apa boleh DM kat ig lah...next aku nak cerita pasal life aku kat sini pulak.

CHAPTER 2: AKTIVITI DI ILKKMJB SEPANJANG 5 BULAN DI SINI

Jangan harap nak relaks-relaks bila kau masih pakai tie dan baju putih macam dalam gambar bawah ni...sebab apa? Tengok dulu gambar dak-dak ni...



Aku acah-acah jadi lecturer. Sebelah tu roommate aku.


Amali nursing. Jangan ingat jadi MA tak belajar nursing.


Dak-dak kelas saya yang poyo dan comel2


Aktiviti berkumpulan macam ni memang akan selalu ada. So tak boleh sombong-sombong.
Okey teruskan ayat pertama tadi, sem 1 ni dimana kau akan diwajibkan join semua aktiviti. So hadap je la. Aku rasa aku sangat2 dan terlebih aktif. Markah jam kokurikulum minimum 30 jam lebih aku tak ingat berapa tapi aku dah dapat 100 lebih kredit hour untuk sem ni saja..hahahaha...mana taknya..semua pertandingan aku join! tamaakkkk...hahahaha

So antara yang aku join adalah Pertandingan Debat, Pertandingan Pidato, dan Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif(yang ni pertandingan mencipta something new untuk kolej, dalam kes kami, kami cipta sistem baru untuk memudahkan pengurusan di kolej). Selain tu aku jugak terpilih untuk wakil kolej dalam pertandingan Koir peringkat Zon Selatan nanti. Hehe...
Jom layan gambar dan kisah di sebaliknya...


Nerves menunggu turn untuk pertandingan sajak. Padahal aku main gitar je kot.

Perform siot! Kahkahkah...best jugak la persembahan kami time ni.

Yang ni dalam masa yang sama waktu pertandingan sajak tu. Tapi di dewan lain. Bergempita jugak lah suara aku menyampaikan pidato. Tapi tak menang sebab apa? Aku lupa point dan aku tengok nota yang aku dah tulis di tangan..hahahahah...mana tak nya, persiapan pun malam sebelum pertandingan baru aku buat, baru sibuk nak menghafal 3 muka surat teks! Hahahha... Tapi tu pun sebab aku lebih fokus dekat sajak.
Ni pulak pertandingan debat. Aku selaku menteri pertahanan lantang bersuara menegakkan kebenaran. Hehe. Tapi sayang si timbalan menteri boleh jadi nerves pulak time sesi penggulungan, tengok awek la tu....tergagap2 dia! hahahahaa! Kami kalah, ketinggalan 1 mata sahaja oleh kumpulan debat dari sem 3. Dorang jadi juara. Hurmmmm....tak pa cuba lagi...


Ni pulak gambar aku tengah membentangkan hasil projek kami untuk pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif. 100 lebih slide dihadapan Pengarah, pengadil, depan semua lecturer dan pelatih-pelatih dari semua kos. Gila tak nerbes?!!! entah-entah jodoh pun tengah tengok aku...hahahaha!

Team kami menang hehe

Ha ni lah muka-muka kumpulan aku iaitu kumpulan Invictus(bahasa latin bermaksud tidak boleh dikalahkan)..aku yang bagi nama team ni okey...padahal aku petik pun dari nama team dota,,sebab aku main dota dan lecturer aku yang jadi penasihat team ni pun kaki dota jugak. Hahahahaa

Alhamdulillah dapat pun sijil johan di sini.
 Okey so sekarang korang dah tau kan betapa busy nya life aku di sini sebagai student atau pelatih MA. huhuhu..dengan pelajaran lagi, kokurikulum lagi. Tapi syukurlah, berkat doa orang tua yang tak putus-putus aku dapat jugak seimbangkan pelajaran dan kokurikulum.

Pelajaran?

Cerita pasal pelajaran, okey pelajaran di sini tough jugaklah tapi taklah susah sangat kalau kita study betul-betul. Rasa noob jugak aku bila dengar result SPM budak-budak lain 7-8 A! Aku? 1A pun tak dak oiiiii...hahahaha! Tapi alhamdulillah antara 84 orang aku dapat top 10 dalam result pertengahan semester or maybe top 5? Entah la..tak tau pun kedudukan sebenar, tapi syukurlah boleh la aku berharap untuk masuk dean list pulak or maybe 4flat kan?! Hehehe...

So untuk sem 1 kami belajar 7 subjek antaranya Anatomi 1 dan 2, Biokimia, Behaviour Science, Microbiology, Nursing dan Community Health. Alhamdulillah aku skor semua..haha!

So kesimpulan dari cerita ni korang boleh tau kan betapa aktifnya aku disini..haha..sebab aku dah janji dengan diri aku kalau dapat ulang lagi masa jadi pelajar, aku tak nak membazirkan masa dengan hanya belajar. Aku akan join semua atktiviti yang aku boleh join. Sebab tulah yang akan jadi kenangan untuk aku cerita kat anak cucu aku. Entah2 nanti cucu aku baca blog ni...hahaha..Aku tau akan ada makhluk yang menyampah dengan aku....tapi  biasalah, mulut manusia. Kita buat pekak dan buat apa yang boleh buat kita bahagia. Nanti dia diam lah..hahahaha..k bye

Setakat ni dulu kisah dari aku, berapa hari je lagi kami dah final exam dan aku disini tengah menulis blog je..hahahah! Maafkan aku ibu dan ayah, aku stress study. Layan blog sekali sekala....bye2! Doakan aku dapat 4 flat exam final nanti pastu keluar dari sini jadi lecturer terus..ehhhh? Hahahaa

Nak tanya apa-apa boleh komen di bawah atau send email : Sazriman@gmail.com
Follow aku kat Instagram: @pendekar_nomad or DM pun boleh!

Gambar beraksi pertandingan KIK
Gambar Kumpulan Invictus ( Pertandingan KIK )
Gambar penyampaian hadiah KIK. Kami Juara Bebb!!!



Tuesday 3 October 2017

Kehidupan Baru di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Sorry tak aktif sangat. Post ni pun sebab teringat situasi aku masa belek-belek google dulu sebelum masuk ke KSKB. Masa tu sikit sangat blog yang menceritakan pengalaman lepas masuk KSKB. Aku tertanya-tanya kenapa tak ramai yang share sedangkan ramai yg share story interview latihan separa perubatan. So di sini aku temukan jawapan dia....baca baik-baik sampai habis okey!

Kalau tengok post lama aku korang akan baca pengalaman aku interview berkali-kali untuk masuk latihan separa perubatan(lsp) ni. Tapi tak ada pun aku cerita apa jadi lepas tu. So cerita dia macam ni.....

Lepas keluar result tu, kami di group whatsapp(persiapan interview) pun buatlah group whatsapp baru untuk persiapan lapor diri kami. Lepas berbulan menunggu, aku berhenti kerja dan tibalah hari melapor diri iaitu 3 Julai 2017 di KSKB Johor Bharu. Aku dah bermalam di rumah makcik di Ulu Tiram, tapi tak ada persiapan apa pun. Dengan baju lusuh kekuningan, aku pun mendaftar. Duit pendaftaran berapa ratus tah...pun aku tak ada 😂😂😂

Time pendaftaran tu beratur ramai-ramai budak2 noob newbies kubis. Aku pun bertegur sapa dengan orang2 sekeliling. Ada yang sombong, ada yang ramah dan macam2 lagi. Tapi mostly memang ramah, termasuklah roommate aku si Encik Syafiq. Mostly orang yang aku tegur time pendaftaran tu ramah dengan aku sampai hari ni(4 bulan di sini).

Masa pendaftaran tu berkenal-kenalan dalam kesibukan tu ada yang tegur "oh kau sazriman eh". Orang yg cakap macam ni aku tau dia kenal aku tapi tak tau kenal dari mana. Then lepas tanya baru tau kenal dari group whatsapp. Termasuk roommate aku si syafiq ni, dia cakap "oo sazriman". Tapi dia xcakap pun dia ada dalam group whatsapp tu padahal dalam whatsapp ramah kemain lagi dia.

Dapat kunci, tengahari tu aku pun masuk bilik. Tengok2 si syafiq ni dah book katil yang dekat dengan tingkap. Jilaker...tapi tak apa. Katil aku pun best jugak. Katil dia kalau hujan basah..padan muka 😂😂😛😛😜😜 Katil aku pulak tak kuat line telefon..padan muka aku 😅

Petang tu pengurusan bagi masa untuk spend dengan family. Makcik aku bawak aku g shopping baju baru..ngam2 jugak gaji aku masuk petang tu syukur sangat. Apa lagi beli barang nak yang kualiti gituuu...

Balik malam tu rehat kejap, dipanggil berhimpun. Maka mulalah malam tu hidup tanpa rehat kami selama 5 hari...penat nauzubillah. Ingatkan ada rehat malam tu, tapi salah. Sampai2 jangan harap nak rehat, balik je 7 langkah family kau dari kolej. Maka seksaan senior pun bermula. Senior yang jalankan program orientasi kami ialah PKP(persatuan kebajikan pelatih). Dorang ni orang kuat kolej lebih kurang perwakilan pelajar kalau kat U tapi kat U tak aktif. Pkp ni sangag aktif kat kolej,dia handle semua program yg dianjurkan kat kskb ni.

Bersambung seksaan..Tapi tak ada lah seksaan sangat, dorang baik je tapi agak jilaker jugaklah. Kau tak ada salah pun dorang tuduh buat salah sebab nak denda(tak boleh salahkan dorang sebab dorang pun diarahkan untuk denda melatih kita berdisiplin). Aku kena denda tekan tubi oleh ketua penyelaras aku sebab datang lewat(sebenarnya tak lewat pun tapi kami datang paling last). Perhimpunan tu pukul 9.00. Kami datang 8.55..pun kena 😂 sampai tak larat aku bangun time tu. Hahaha..

Sebagaimana minggu orientasi ditempat lain, pelbagai aktiviti dibuat. Time tu la ramai kenal orang yang seterusnya jadi kawan2 aku di sini. Tapi time penutup aku dan roommate aku tertidur sampai petang...hahaha..tak pergi pun penutup okey. Nasib kami baik sbb PKP tak ambil kehadiran petang tu...jengggg! Cuma kena marah dengan budak group orientasi sebab petang tu sepatutnya aku jadi pencerita untuk persembahan sketsa LOL..terpaksa dorang teruskan sketsa tanpa si pencerita utama...

Done minggu orientasi, next post aku cerita life aku sebagai student MA ataupun pelatih Penolong Pegawai Kesihatan di KSKBJB ni...









Thursday 20 April 2017

Temuduga Latihan Separa Perubatan: Juru X-Ray & Penolong Pegawai Perubatan

Assalamualaikum... Maaf semua yang komen tak terjawab. Lupa dah saya ada blog ni untuk bercerita...baru selesai Interview Latihan Separa Perubatan saya yang ke 4. Ke berapa? Hahaha! Ke 4 oi! Veteran dah aku dalam bidang ni rupanya....tu yang nak berkongsi lagi pengalaman kali ni, sebab pengalaman yang berbeza dan lebih best. So? Lets start!

Okay untuk interview kali ni, Aku dapat 5 jawatan berbanding yang lepas berapa entah. Tapi yang best dia, aku tak buat persiapan langsung melainkan malam sebelum interview aku baca sedikit pasal jenis2 X-Ray dan mesin2..yang lain? Nok hare tak baca...sebab aku tak plan pun nak datang interview hari ni. Mana nak mintak cuti lagi, nak buat persiapan lagi..kan..malas...tapi last minit aku tergerak hati untuk cuba lagi.

So, here I am. Di bangunan temuduga SPA Kuala Lumpur. Kat Jalan Cenderasari...kat mana tu? Ala area2 masjid negara, taman Rama-rama situ lah..waze kan ada, pakai lah!

Interview aku sepatutnya start pukul 8. Tapi aku sampai jam 8.40. hebat kan? Aku dah lemah semangat kat sini, tapi kucuba untuk positif. Sampai ja terus masuk toilet, sikat rambut duluuu...memandangkan ni kali ke2 aku ke sini, aku dah familiar sikit dengan tempat ni. Naik ke atas, akak comel tu suruh susun sijil2 dan fotostat apa yg belum dfotokopi lagi di tingkat bawah. So jangan risau, memang ada mesin fotostat sana.

Okey, pendekkan cerita....habis 😂


Okay betul2 dah ni..aku pun masuk la ke ruang menunggu giliran, aku pulangkan pen yg aku pinjam dari sorang gigirl ni aq da lupa nama dia SORRY. Muka ingat la, then duduk di satu sudut dikelilingi orang2 yg nerves 😂. Aku pun mulakan perbualan, macam biasa lah soalan yg aku tanya, nama sapa dari mana amek jawatan apa, iv kali ke berapa. Mostly hari ni semua 1st time, so aku tanya lah apa persiapan dorang. Dengar cerita memang xready oi korang ni. Nak kerja tapi xready apa ni! (Padahal samalah kita). Aku pun bagilah dorang tips2 sikit and share sedikit soalan2 yg aku pernah ditanya n biasa ditanya untuk jawatan dorang nak tu(yang ni pun tau sebab ada join group whatsapp perbincangan untuk persiapan interview dengan calon2 lain). Memandangkan turn aku lama lagi, aku pun biarkan geng2 tadi ni dan berpindah pulak ke geng lain. Sama, berkenalan2 dan membuang rasa gemuruh di dada. And yes memang hilang. Tak nerves langsung oi!! Aku gelak2 dengan dorang bergurau senda membuat lawak bodoh aku. Memandangkan aku sorang yang nampak cool(perasan) 😎 Aku pun buat2 lah nerves(ececeh padahal memang nerves) "Saya ni nampak je happy, tapi nerves gak ni cam korang".

Ada lah 5-6 orang lagi aku ajak borak sebelum turn aku. And finally...ting tong...angka giliran aku dah sampai!

Aku ketuk pintu, dengan langkah penuh yakin dan bajet segak..aku masuk dan senyum bagi salam. Memandangkan dua2 penemuduga melayu, bagilah salam kan. Tapi aku tak salam dorang, letak sijil dan maklumat tambahan ja. Dia jemput duduk dan tanya nama aku.

Mr. A: Sazriman?

Aku: Ya saya..

Mr. B: Sila duduk.

Aku: Terima kasih, duduk dan cuba selesakan diri aku. (Memang tak selesa la oi orang pandang kau duduk dari kaki ke rambut.)

Mr. A: Temuduga awak sepatutnya jam berapa?

Aku: Jam 8 tuan.(mamposssss..dalam hati aku laaa)

Mr. A: Kenapa kamu lambat?

Aku: Trafik sesak teruk tadi tuan, saya biasa ulang alik ke KL waktu pagi untuk pergi kerja. Saya tau KL memang selalu jem, tadi saya dah gerak dari rumah awal tapi tak sangka pulak sesak dia luar biasa hari ni sampaikan saya jadi lambat pulak.

Mr. A: ouhh. Kamu kerja di mana?

Aku: Di kawasan Sri Hartamas tuan.

Mr. A: Dan kamu tinggal di?

Aku: Subang Jaya tuan.

Mr. A: Jauhnya..

Mr. A: Baiklah, perkenalkan diri awak.

Aku: Nama saya Mohamad Sazriman, boleh panggil saya Iman. Berumur 24 tahun dan berasal dari Sabah. Saya dilahirkan di Taiping Perak sewaktu ayah saya bertugas sebagai tentera di sana. Kemudian kami berpindah ke Tawau dan saya pun dibesarkan di sana. Pendidikan tertinggi saya hanya SPM, tapi saya merupakan pelajar yg sangat aktif dalam bidang sukan dan akademik di mana saya mewakili sekolah dan daerah dalam banyak pertandingan seperti Tilawah Quran, dan acara Sukan Olahraga. Selepas sekolah, saya terus berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkerja. Dan sekarang saya berkerja dalam bidang jualan. 6 tahun berkerja dalam bidang ini banyak memberikan saya pengajaran dan pengalaman dalam membentuk diri saya yang sekarang seperti berkomunikasi dengan masyarakat dari macam2 latar belakang. InshaAllah akan saya aplikasikan jika saya terpilih untuk jawatan ini. (Aku lupa cerita pasal family aku, syok sangat menggoreng tadi)

Mr. A: Mak ayah duk mana?

Aku: Subang jaya

Mr. A: Ouh so tinggal sekali dengan family ye? (Aku angguk) berapa adik beradik ya sazriman?

Aku: 6 orang, saya yang ke 2

Mr. A: yang atas awak abang atau kakak?

Aku: Abang encik, dia dah berkahwin dan ada keluarga sendiri jadi boleh dikatakan keluarga saya bergantung harapan pada saya.

Mr. A: ouh..jadi yang bawah awak semua masih sekolah?

Aku: Yang nombor 3 baru lepas Spm dan skrg bekerja di restoran sementara menunggu peluang menyambung pelajaran. Yang lain masih kecil dan bersekolah.

Mr. A: Baiklah, saya tengok di sini awak nak Juru Xray sebagai pilihan pertama. Kalau contoh awak ditawarkan jawatan lain, awak nak tak?

Aku: (Dah tau jawapan dia tapi saja buat2 berfikir, nampaklah sikit jawapan tu dari hati) Saya berminat dengan juruxray, tapi andai kata saya tak sesuai untuk jawatan itu dan ditawarkan yang lain, saya akan terima andai itu rezeki saya.

Mr. B: Ini interview ke berapa ya Sazriman?

Aku: Ke 4 encik.

Mr. B: Dah 4 kali?! ( dan dorang pun berhuhu.. ) Kamu tau ke kenapa tak dapat yg 3 kali tu?

Aku: Mungkin masa tu saya kurang persiapan dan tak berkeyakinan menghadapi penemuduga.

Mr. B: oh jadi sekarang ni dah berkeyakinan lah?

Aku: (senyum) Kali ni saya lebih yakin dari yang lepas, walau tak banyak tapi saya dapat rasa perbezaan confident level tu tuan.

Mr. B: okay, apa persiapan awak untuk kali ni?

Aku: Tak banyak yang saya sempat lakukan sebab saya dapat tahu tentang interview ni pun hanya beberapa hari lepas encik. Tapi saya ada buat sedikit persiapan membaca tugas2 seorang juruxray, jenis2 xray dan mesin2 xray.

Mr. B: Yang pasal nama2 menteri, kempen2 kesihatan, ada baca?

Aku: Ada Encik

Mr. B: baik apa kempen2 kesihatan yang kamu tahu sekarang ni tengah dijalankan?

Aku: Yang sekarang ni hari2 giat dijalankan adalah kempen derma darah dan kempen Nak Sihat, ke mana2 pun akan tengok kempen ni. Dekat tv dekat radio mesti dengar lagu dia tu "kita nak sihat pasti nak sihat sihat jiwa raga" selain tu macam kempen tak nak merokok, derma organ, kenali ubat anda dan kempen 10ribu langkah memang dah lama dijalankan.

Mr. B: (angguk2 gelak..yay aq berjaya buat dia senyum..tadi garang).

Mr. A: Tahu tak pasal penolong pegawai perubatan? Tau dia buat apa?

Aku: Tau encik, MA ni tempat dia di klinik, hospital, dan juga bahagian luar seperti ambulans. Dia memberikan rawatan awal buat pesakit yang memerlukan.

Mr. A: Itu je ke?

Aku: Maaf saya terlupa lagi satu tadi, MA jugak membantu dalam kempen2 memberikan kesedaran kesihatan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan agar mereka boleh menggunakan sepenuhnya potensi diri mereka untuk mencapai kehidupan sosial dan ekonomi pada tahap yg baik(nasib bek aku masih ingat misi kkm..ke visi ni)

Mr. A: Kamu tau lah apa tu MA kan?

Mr. A: (Angguk2) Okay, Sazriman minta maaf ya tapi saya nak tanya ni. Oleh kerana result SPM kamu ni mencapai tahap minimum utk separa perubatan. Kamu rasa kamu boleh tak belajar nanti? Sebab pelajaran dia susah tau, Latihan dia memang susah sangat. Kamu boleh bawa ke?

Aku: InshaAllah tuan, sebenarnya saya dulu di sekolah dikategorikan pelajar yang (senyap cari perkataan sesuai) ..pelajar yang bijak. Saya sangat cepat dan mudah belajar. Tapi keputusan SPM saya macam ni sebab saya tersilap, bila form 4 form 5 saya mula banyak main dan tak serius belajar. Saya terlalu banyak bergaul dengan kawan2 dan mengabaikan pelajaran saya. Tapi inshaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin dan menghargai peluang yg diberikan andainya saya dipilih.

Mr. A: Boleh janji ke?

Aku: InshaAllah saya janji encik kalau saya dipilih saya tak akan sia-siakan peluang ni.

Mr. A: Kamu kena janji lah dengan kami dua orang ni, bila dah dapat nanti belajar betul-betul.

Aku: Ya encik.

Mr. A: Baik, apa yang kamu boleh berikan kepada SPA andai kata kamu dipilih dan kenapa kami harus pilih kamu berbanding orang lain?

Aku: (no idea tapi terlintas jawapan last tadi so spontan ja la) InshaAllah tuan, saya dah 6 tahun berkerja dalam bidang jualan di sektor swasta, hanya dengan SPM saya ni lah saya survive dan saya dapat rasakan betapa susahnya kehidupan saya di tahun2 tu dimana saya bergantung harap hanya pada SPM, cari kerja sana sini pakai SPM. Andai kata saya diberikan peluang untuk sambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi lagi dan terus berkerja saya tak akan sia2kan dan akan bersyukur sangat sebab saya dah rasakan waktu-waktu susah dalam kehidupan ni. Saya akan belajar bersungguh2 buat semua yang kenal saya bangga dan seterusnya membalas jasa pihak SPA yg memberikan peluang ni dengan menabur bakti dan mengaplikasikan apa yg akan mereka latih saya bila saya dah berkerja nanti dan akan pastikan saya menjadi seorang pegawai kerajaan yg terlatih tuan.

Mr. A: Baiklah Sazriman, macam saya kata tadi. Andai kata kamu dapat penolong pegawai perubatan ni, kamu kenalah bersungguh2 belajar. Jangan main2 lagi. Andai kata kamu tak dapat? Apa rancangan kamu?

Aku: ermmmm....(buat muka sedih). Saya tak pastilah tuan, mungkin saya cuba lagi tahun depan. Sementara tu, saya teruskan sajalah hari2 saya macam biasa.

Mr. A: Teruskan hari-hari macam biasa? Baiklah, umur kamu sekarang dah 24. Jadi peluang kamu hanya tahun depan kalau tak dapat lagi. Kami akan cuba tolong kamu, kalau boleh kami nak semua dapat. Tapi keputusan bukan di tangan kami, kami cuma boleh tolong di sini, tapi kami akan ada meeting lagi di SPA. Diorang yang akan tentukan kamu dapat atau tidak. Kalau kamu dapat kamu perlu kotakan janji kamu lah ya. Kalau lulus, usaha betul2. Jangan main2, solat jangan tinggal, selalu ingat orang tua dan adik2. Kamu kena jadi seorang yg berguna, tolong orang lain. Ajar orang lain apa yang kamu tahu, dan kalau tak tahu banyakkan bertanya. (Aku terharu time ni, jarang orang nasihat aku seserius ini..huhuu)

Aku: baik Encik, saya akan cuba sebaik mungkin(dalam hati aku, eh aku ni dapat ke..macam yesss je 😂)

Mr. A: Ada apa2 soalan?

Mr. B: Tanyalah apa2 yang kamu nak tanya.

Aku: Kejap ya encik saya fikir, takut nanti menyesal pulak tak tanya sekarang.

Mr. B: Ha tanya je..

Aku: (buat muka berfikir) Okay andai kata saya tak dapat juruxray, adakah akan dipertimbangkan untuk jawatan lain?

Mr. A: Haa..kalau kami tawarkan penolong pegawai perubatan kamu nak ke? Sebab saya ni MA, kawan saya ni pun MA. So kamu boleh tanya apa2 pasal kerja ni dengan kami.

Aku: Saya akan terima tuan sebab interview saya yang ke 2 dulu pun memang saya apply jawatan ni tapi belum rezeki saya kan..

Mr. A: Baiklah, ada apa2 soalan lain?

Aku: tak ada tuan.

Mr. A: oh ya, kamu merokok ke?

Aku: Tidak tuan, tapi saya pernah merokok. Semenjak saya aktif dalam aktiviti luar dan hiking, saya sangat menjaga kesihatan saya. Saya perlahan2 berhenti merokok dan akhirnya berjaya berhenti merokok.

Mr. A: Sebab kalau kamu merokok, saya tak akan pertimbangkan tau. Saya tak nak. Untuk jadi seorang MA, kamu harus mengutamakan kesihatan. Tak boleh merokok sebab kamu akan jadi contoh kepada orang lain. Ingat ya sazriman, jangan merokok lagi. Banyak kesan buruknya. Macam saya cakap, kami brdua ni MA. Kami dah banyak lihat kesan buruk daripada merokok ni. Sangat tak berfaedah. Bukan saya cakap saya kaya, tapi dengan berhenti merokok saya boleh beli rumah sebiji. Bayangkan lah harga rokok dunhill 17 ringgit. Sebulan dah berapa? Ye tak?  Jadi, jangan merokok sebab sebagai seorang MA pelatih dibawah kementerian kesihatan kamu memang tak boleh merokok.

Aku: Baik tuan, InshaAllah saya tak akan merokok lagi sebab saya sendiri dah lihat kesan bahaya merokok ni kepada orang2 yang saya kenal. Ada yang kena stroke dan masalah2 lain berkaitan rokok.

Mr. A: Baiklah, terima kasih Sazriman. Kalau tak ada soalan setakat tu saja temuduga kita hari ni.

Aku: Bangun, dan senyum. Pergi salam dua2 n ucap terima kasih. Sebut nama sorang2(baca nametag dorang) time ckap terima kasih tu(yala dah lama borak takkan la tak nak tau nama kan) 😂

Aku pun keluar dari situ dan berasa bebanan yang kutanggung dah terlepas. Keluar dari bilik tu aku yg happy sangat ni keluar mcm aku masuk tadi, bajet segak dan senyum sampai telinga. Aku rasa gembira sangat sebab penemuduga tu macam nak bagi aku lulus(padahal belum tau lagi) Time keluar tu aku siap buat gaya sukses..cam mana gaya sukses? Genggam tangan letak paras dada, tarik ke bawah...hahaha. Lepas tu seorang kawan lelaki tu sound "dapat la tuuu..." Aku pun senyum and cakap kat dia "tak de laaa, lega je interview dah habis..) Dorang tanya la apa dia tanya, kenapa aku lama sangat dekat dalam tu..banyak sangat ke soalan dia..aku cakap la yg penemuduga tu ja banyak cakap. Best sangat iv kali ni. Penemuduga sempoi....so aku keluar dan bagi tips kat orang2 lain. Tapi xshare perbualan aq kat dlam td sebab aku byak cerita hal2 peribadi je kan. 😅

Pastu aku start motor pergi kerja.....sekian. 😏
Thanks gigih baca. Siapa2 kenal aku tu boleh la add d fb or better IG: @sazriman

**Sebenarnya ada lah lagi soalan yang peribadi tak boleh cerita sini...dan ceramah dia lebih panjang, dalam ni aku pendekkan lagipun isi dia lebih kurang jaaaa...

K byeeeee!





Update: Aku lulus interview kali ni, walaupun tak dapat Juruxray..tapi aq lulus untuk jawatan MA tu.(seperti yang aku jangkakan dan berdasarkan clue yg dibagi time interview).

Dah call bahagian pengurusan latihan untuk tanya pasal lapor diri. Tiba2 dapat pilih pulak penempatan kat mana. So aku pilih Johor Bahru. Sooooo, be nice to me JB 😉 Harap aku akan jadi pelajar yg genius nanti AMINNNN 😂

Saturday 3 September 2016

Kembara Bumi Jawa: Hari Ke 5 "Gunung Prau"

Day 5 Kembara Bumi Jawa: Mendaki Gunung Prau

Indah lelapku yang hangat di dalam kedinginan(waw) dikejutkan dengan suara Naim yang memanggil nama aku sambil tangannya menggerak2kan kaki ku untuk bangun bersiap kerana kami harus memulakan pendakian dalam setengah jam lagi untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.






Betul-betul ambil masa setengah jam untuk kami semua bersiap cuci muka gosok gigi, air memang sejuk gila kot. Terkenang kesejukan di Kundasang, Sabah. Aku pakai jeans je, tapi tak digalakkanlah. Jangan ikut hamba, hamba ni langgaq je...

Selesai berselfie, kami meneruskan perjalanan yang agak lewat ni. Kami harus sampai puncak dengan cepat kalau nak tengok sunrise. Tapi aku biarkan dorang jalan di depan, aku mendaki sambil menikmati pemandangan yang indah di pagi yg gelap tu sambil layan lagu2 kegemaran aku dalam handphone. 

Kali ni aku dah siapkan caj powerbank dan hp aku full, so boleh layan lagu dan tangkap gambar banyak2. Jom layan gambar ni.. 





Yang nampak milky way tu, aku tangkap pakai setting long exposure f2, 11", 1600. Aku dah nak sampai puncak time tu matahari belum terbit lagi, bulan pulak masih terang. Bagaikan semuanya nak join meeting kami kat puncak Prau. Huhu betuah nasib badan.




Aku nak tengok kemunculan si botak matahari di ufuk langit tapi aku takut terlambat sebab waktu tu aku tak sampai lagi. Apa lagi, dengan tenaga yg masih banyak aku pun berlari(lari okay bukan joging) ke puncak...ku tinggalkan si Naim dan Iera di belakang.

Betapa girangnya dalam hati ini, pemandangan di atas tu memang super awesome! Aku berikan gelaran baru kepada Dieng iaitu "daerah seribu gunung"...walaupun taklah seribu, tpi memang boleh tengok puncak2 gunung lain dari sini...layan timelapse sunrise..

Thursday 1 September 2016

Day 4 Kembara Bumi Jawa : Dieng

Matahari pagi memancar selembut-lembutnya. Aku intai pagi dari jendela. Indahnya pagi di bumi Dieng, hilang lelah penatku dalam kehidupan ini....hehehee..over lagi...

Dieng Day 1


Sahabat kami iaitu Maat dan Naim sudah mengaturkan lokasi yang bakal kami jelajahi hari ini. Seawal 8 pagi kami sudah bangun dan bersiap untuk menikmati pagi itu yang indah seindah yang bisa aku gambarkan, jauh dari semua kertas kerjaku dan kehidupanku yang tak menentu(acah2 kerja ofis dan hidup tak bahagia pulak). Tapi pagi tu memang indah.


     Kami bersiap, wangi-wangi ensem-ensem untuk jalan-jalan di sekitar Dieng. Siap, terus kami menuju ke lokasi pertama iaitu Telaga Warna.

Telaga Warna

Tak jauh pun dari homestay, pemandangannya indah dan mendamaikan. Malas nak cakap, tengok sendiri gambar di bawah.
Speachless 😐

Time posing ok lagi, time nak turun dari situ hahahaha.. lawak sbab takut jatuh.

Jalan kecil melalui pokok dan pohon buluh


Telaga warna dari Bukit Sidengkeng yang akan aku ceritakan nanti.

Kami tak lama di situ sebab masa mencemburui, then kami lanjutkan saja perjalanan ke Bukit Sidengkeng tang terletak bersebelahan Telaga Warna ni.

Bukit Sidengkeng.

Lelah kaki ini belum hilang lagi, dah kena naik bukit pulak. Tapi kugigihkan kerana ku tau sesuatu menantiku di atas sana(ayat motivasi ni). Well, pemandangan di sini tak kurang hebatnya, sekali lagi sila layan gambar....

Iera dengan gaya tersendiri. (Jangan jatuh cinta ya, dia ni hot mama..nak try hadap suami dia dulu😂😂😂)


Merenung jauh nampak...ni macam kat Kalibiru,tapi bukan okay!

Ajet-ajet model 😂😂😂

Turun dari bukit ni, kami terus ke lokasi seterusnya, Kawah Sikedang. Lokasi2 pilihan si Maat ni berhampiran je, so memang santai tak kebas punggung hari ni 😊

Kawah Sikedang.

Kawah ni dekat je, tapi memang sesuai untuk kaki selfie macam kami sekalian alam ni. Tah berapa banyak gambar kat sini. Kami sempat makan telur rebus kawah di sana sambil berborak dan bergurau senda. Jom layan gambar lagi....
Sejuk+Terik punya posing

Lan dengan gaya mineralnya

Kami berenam, yang sorang tu Supir kami si Raditya



Selesai berfotografi, kami ke warung berhampiran untuk makan tengahari sebelum menunaikan solat di surau. Makan order je ikut suka selera, semua dah termasuk dalam bayaran yg awal tu. Hehe...
Usai solat kami ke lokasi seterusnya iaitu Candi Arjuna.

Candi Arjuna.

Candi ni baru sahaja runtuh kerana gempa yang tah bila jadi. Tapi proses pembaikpulihan masih berjalan di sini, jalan2 di sini santailah sebab kawasannya pun mendamaikan dan memang santaiiiii gitu. 

     Sambil jalan tu berborak dan bergurau senda lah, fun! Tengok ada kuda, semangat nak naik. Apa lagi aku ni memang tak pernah naik kuda, laju je aku gi tanya mas tu berapa bayaran. Memang murah okay, murah kalau nak banding dengan kau naik kuda kat Titiwangsa. Hehe...ops, mendownkan tempat sendiri pulak 😅 Layan gambar lagi....
Ni satu2nya Candi yang tak runtuh di sini.

Ehem...bajet ensem mamat poyo ni dengan seliparnya 😂

Kuda dia pandai posing ...jeles


Hakak kawasan katanya...

Eh..dia lagi..

Abang Lan yang macho 😂

Pahlawan-pahlawan konon 😅 Akulah Arjuna di Candu Arjuna!

Selesai bermain kuda dan berborak-borak dengan family ni di sana, kami teruskan perjalanan untuk pulang ke homestay bagi mengumpul tenaga yang hilang bagi pendakian esok. Eh...belum habis lagi day 4...lanjutkan bacaan anda!

     Dalam perjalanan kami terserempak penjual makanan(aku lupa apa nama) yang berasaskan sayur. Tapi aku lupa nama makanan tu...Sayur pecel kalau tak silap aku..hehe...aku tak biasa makan, so aku makan sikit ja. Dorang berselera makan, tapi tidak aku. Aku cuma lyan kuah sambalnya, teringat zaman sekolah. Sebiji rasa kuah pantolan yg dijual di depan sekolah ku....

   Dalam perjalanan menuju ke kereta, terserempak lagi dengan penjual jagung bakar. Kali ni Mai yang belanja jagung bakar..nyum2 dapnyaaa... Kami makan dalam kereta sambil menuju pulang ke homestay. Kata Supir "gak pa pa, makan aja...". Hehe..lalu depan signboard Dieng, tak sah lah datang Dieng tak selfie situ baiii. Sila rujuk gambar di bawah.

Dengan tangan masing2 masih memegang jagung bakar kami. Kamilah Pahlawan Jagung!!! Hihi..

Wajib gambar kat sini okay!

Tamatlah liburan kami petang itu, kami terus ke homestay lepak2 sepanjang malam di sana. Jejaka2 macho ini pun berborak2 sampai tengah malam, merasa caricar(sebutannya karika) yang hanya boleh didapati di sini. Pasang lagu di laptop dan bernyanyi2 lah kami. Letih dan tidurrrrrr...

    Tidur nyenyak malam tu tapi terganggu sedikit dengan bunyi yg datang dari pesta kesyukuran orang kampung. Mereka membuat pertunjukan wayang kulit malam tu, diri ini rasa nak pergi tengok. Tapi apa boleh buat, kudrat itu keperlukan untuk pendakian esok hari. Pesta tu dibuat sebagai tanda kesyukuran kerana tanaman yang berhasil. Naim kata "ini orang kampung semuanya sedang kaya-kaya ni, tanaman mereka baru sahaja dituai".

__________END DAY 4_________

LINK DAY 2:Catatan Hari Ke 2
LINK DAY 3:Catatan Hari ke 3
LINK DAY 5: