Thursday, 1 September 2016

Catatan Solo Trip ke Bumi Jawa (Jogjakarta-Magelang-Dieng)

Aku tuliskan catatan ini biar tidak terhapus dalam ingatan ku sendiri. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca 😉

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Persiapan Sebelum trip.

Sudah lama aku mengidamkan untuk memulakan kembara ku sendiri, ku akui aku terpengaruh dengan catatan petualang lain yang berada di bumi asing menceritakan betapa pengembaraan itu merupakan sesuatu yang sangat indah. Aku hanyalah buruh biasa yang memiliki pendapatan yang biasa-biasa saja, namun cita-citaku besar untuk menjejakkan kaki dan menapakkan sujud ku kepada yang Esa di serata buminya.

Seusai sahaja aku menamatkan bacaanku di internet, aku yang berkobar-kobar langsung saja memulakan pencarian lokasi yang aku ingin jelajahi. Hampir seminggu ku ambil untuk membuat keputusan yang aku akan memulakan jelajah pertama ku di bumi Jawa Tengah. Itu pun setelah aku meminta pendapat daripada teman-teman ku dari Indonesia yang hanya aku kenali dari laman Facebook. Khusnul Maat, inilah sahabat yang membantu aku merancang pengembaraanku. Dia adalah seorang Mountain Guide yang berasal dari daerah Pekalongan. Seorang yang jujur dan sedia membantu aku ketika di sana.

Nasibku baik, kerana aku mendapat tiket yang murah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta. Aku akan terbang dalam dua bulan lagi, tapi semangat ku sudah pun di sana. 😂

Aku merancang perjalananku dengan agak teliti, aku memutuskan untuk mengambil cuti 7 hari iaitu dari 16 hingga 22 0gos. Aku telah mengenali seorang sahabat bernama Alex yang aku kenali melalui aplikasi sosial untuk backpackers iaitu Couchsurfing. Setelah membaca references dari pengguna lain tentang beliau, aku mengambil keputusan untuk meminta beliau menjadi host ku sepanjang di sana. Dia tidak keberatan langsung dan terus sahaja bersetuju. Oleh kerana aku mengenali beliau agak lama sebelum berjumpa, kami sudahpun akrab di dunia maya dan keakraban itu semakin terjalin setelah bertemu.

Susah payah ku membuat Passport pertama kali.

Nak ceritakan tentang susah payahnya aku menguruskan passport ku? Memang kerja gila. Kebetulan Imigresen akan membuat sistem baru online, dan buku pasport pula habis di semua cawangan seluruh KL. Jadi nombor giliran dihadkan kepada 80 nombor sahaja sehari, memang kena beratur seawal 4 pagi oi! Menyesal aku buat last minit, 3 kali aku ke imigresen baru dapat nombor. Tak cukup tidur dibuatnya sebelum subuh lagi dah kena beratur.

Dah dapat nombor, tak boleh buat pulak. Alasannya aku orang Sabah jadi segala urusan passport harus lah dibuat di Pejabat Cawangan Jalan Duta atau Putrajaya sahaja. Sia2 aku korbankan masa tidurku, hanya seminggu tinggal sebelum penerbanganku ke Jogjakarta.

Aku ke jalan Duta lain hari, sampai di sana aku buntu. Pegawai tu kata urusan itu akan mengambil 5 hari masa berkerja, sedangkan flight ku keesokan paginya. Rasa kesal, aku kira jelajah kembara Bumi Jawa ku akan jadi impian yang tak tercapai.

Aku ulang alik, dari Jalan Duta ke UTC Sentul. Sebab aku masih ingat pegawai di UTC Sentul kata boleh buat passport biasa cuma aku akan rugi tak dapat nikmati hak penduduk Sabah. Aku tak kira, yang aku tahu aku mau dapatkan passport. Pening, pegawai di Sentul pula kata Jalan Duta saja boleh tolong aku ketika itu. Aku ke Jalan Duta lagi, dia kata tak boleh. Aku ke Sentul lagi. Hahaha...macam ping pong aku dibuatnya.

Aku berputus asa, dan menyerah. Duduk terdiam di satu sudut tapi Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran. Pegawai di Jalan Duta kesian tengok aku sebab dari pagi lagi ulang alik, maka dorang pun buatkan aku passport emergency. Dapat hari tu jugak. Thanks abang dan akak imigresen jalan Duta.
Sukses! Semangat muncul kembali...hehe
Hari Pertama

Aku bangun seawal 5:30 pagi dan bersiap kemudian terus ke KL Sentral, aku sudah lama tidak ke Airport dan oleh kerana ini pertama kali aku ke KLIA2, aku tidak tahu berapa lama masa akan ku ambil untuk perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2. Aku yang agak tergesa-gesa tiba di KL Sentral pada pukul 7 dan aku tahu aku harus tiba di KLia2 sebelum 8:45 untuk boarding.

Oleh kerana takut terlambat, aku terpaksa menaiki KLIA Ekspres ke sana. Dengan harga RM55, aku agak sedih kerana bagiku terlalu mahal. Mana tidaknya, jika menaiki bas hanya menelan kos RM10 sahaja. Aku bertambah sakit hati apabila mengetahui rakanku mengambil masa tidak sampai 1 jam pun untuk tiba ke KLIA2 menaiki bas. Haha, apalah nasib.

Perjalananku menaiki KLia Ekspress mengambil masa 35 minit untuk tiba, setibanya di sana aku terus meminta pegawai Air Asia untuk mencetak boarding pass ku kerana aku telah self check in melalui atas talian. Kemudian aku terus masuk ke gate 8 bersedia untuk boarding. Oh ya, for smokers. Sila merokok sebelum masuk gate, sebab di dalam tak ada smoking area.

Ini lah tiket RM55 tu. 😑 tapi ok lah dapat jugak merasa naik.
Tiba di Airport Adisucipto, Jogjakarta.

Aku masih takut naik kapal terbang kerana pengalaman terakhir ku yang sangat menakutkan buat aku trauma. Tambahan pula aku ni suka layan Aircrash Investigation di youtube. Tapi alhamdulillah, cuaca baik pagi itu dan penerbangan sangat lancar.

Turun sahaja dari kapal terbang, aku selfie dan kemudian masuk ke airport terus sahaja mencari wifi yang bisa kusambungkan untuk memaklumkan keluarga tersayang aku selamat tiba. Alhamdulillah dapat sambung wifi.id yang percuma. Aku terus menghubungi keluarga dan temanku Alex untuk mengkhabarkannya tentang ketibaanku.

Aku terus berbaris untuk pemeriksaan Imigresen, isi borang untuk declare barang, dan kemudian pemeriksaan kastam. Tidak terlalu rumit, hanya perlu menjawab beberapa soalan dari pegawai di situ. Antara soalannya, kamu datang dengan siapa, ke mana tujuan, akan tinggal di sana berapa lama, tinggal di mana. Selesai dengan jayanya, aku keluar dan mencari Alex. Aku tidak perasan dia di depan mataku dan memanggil-manggil aku dari tadi. Haha....

Kami duduk sebentar menarik nafas dan berbual-bual sebelum meneruskan perjalanan ke Prambanan Temple. Ia adalah sebuah kuil yang agak besar, dan sangat tinggi. Cantik dan penuh sejarah, tapi sebelum itu, aku dan Alex singgah ke warung masakan Padang. Selesai makan aku terus ke Prambanan yang terletak dihadapan warung tersebut. Aku masuk sendiri, Alex di luar menunggu aku dengan bagpack aku yg besar tu 😂 Layan gambar dulu yer..

Candi Prambanan
Ketika memasuki kompleks Candi Prambanan
Tinggi...huhu
Nak tangkap gambar kat tangga tu tapi ade je orang :(

Agak ramai orang tapi tak crowd sangat.

Bila sendiri, Selfie lah jawabnya.

Kelihatan candi-candi yang runtuh.
View dari depan.


Kagum, aku sangat kagum. Melihat binaan yang penuh seni ini, tinggi. Aku terfikir bagaimanakah pembinaan bangunan bersejarah ini? Pusing-pusing di sini hampir sejam, aku keluar kompleks candi dan terus mencari Alex yang berada di luar menunggu aku dari tadi. Dia bertanyakan kepadaku tentang tujuanku, aku menyerahkan kepadanya kerana aku tahu dia lebih arif. Kami kemudian pulang ke rumah Alex yang terletak di Gunung Kidul. Berehat sebentar, berborak-borak, lalu kami keluar semula.

Alex membawa aku ke Gunung Api Purba, sebuah volcano lama di kawasan Gunung Kidul. Gunung ini hanya 700mdpl(meter dari paras laut) namun cukup melelahkan aku kerana bentuk laluan yang pelbagai, berbatu, melalui celah-celah batu sempit, menaiki curam dengan tali. Layan gambar kejap....

Pergh..indahnya dilamun cinta.. 😂
Merenung jauh ke kota Jogjakarta.
Bajet je budak poyo ni 😂


Kami naik jam 6 lebih..lepak di atas, santai lalu turun dalam jam 8 tiba di bawah langsung pulang ke rumaj Alex menikmati soto dan tempe. Malam tu adalah sambutan kemerdekaan Indonesia, tapi kami tidak pergi sambut pun sebab keesokan hari aku akan mendaki Gunung Merapi pula dengan teman ku Khusnul Maat serta beberapa orang lagi pendaki dari Malaysia.

_________________END OF DAY ONE______________

Klik untuk Catatan Hari Ke-2

No comments:

Post a Comment