Wednesday 11 May 2016

Peradaban manusia-Zaman Pra Sejarah?

Pengenalan.

Kita dididik sejak dari bangku sekolah lagi tentang kisah-kisah pra-sejarah logam,neolitik,mesolitik dan banyak lagi. Tapi percayalah bahawa manusia yang kita katakan manusia pra-sejarah, bercucuk tanam, berpindah randah itu sebenarnya memiliki peradaban yang jauh lebih maju yang ada pada kita hari ini.

Mesti ada yang fikir "Eh suka-suka dia ja nak kata sejarah salah. Dia ni sapa nak nafikan sejarahwan yang terer2". Baiklah saya cuma rakyat Malaysia biasa, yang belajar takat SPM, cuma dapat C+ dalam mata pelajaran sejarah. Kenapa saya berani menafikan sejarahwan? Sebab dari umur saya 10 tahun, saya dah isi kepala saya dengan kisah-kisah dalam al-Quran. Rutin harian saya belek tafsir al-Quran yang tersimpan dalam bilik hari-hari(time tu tak banyak buku lain kebetulan pula suka baca kisah2 nabi dan sejarah dari dalam al-Quran)

Tapi semenjak masuk sekolah menengah, saya cuba mencari kesinambungan antara buku sejarah dan al-Quran. Tetapi terlalu banyak kekeliruan. Saya terlalu mentah, saya tak dapat terima sejarah dari buku teks dan tak percaya apa yang diajar disekolah dalam buku teks.(hehe patutlah dapat C)

Manusia zaman dahulu lebih maju.

Okay cukup, pasal saya. JOM kita rujuk tafsiran surah dan fakta yang ditemui di zaman "moden" ini.

Terjemahan Surah Ar-Rum ayat 9:

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat daripada mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. "


Jadi apakah kita rasa kita sudah cukup moden sekarang? Sedangkan Allah sendiri kata dalam ayat ni bahawa orang-orang dahulu lebih memakmurkan bumi dari kita malah lebih kukuh kedudukan mereka atas bumi ni berbanding kita. Jadi, jika betul mereka lebih maju dari kita mana kesan-kesan peninggalan mereka?

Boleh saja kemajuan mereka waktu tu jauh berbanding kita sekarang, mungkin kita belum terfikir lagi alatan dan teknologi moden yang boleh melupuskan bahan buangan seperti beg plastik tanpa kesan kepada alam langsung. Atau adakah  mereka sudah menggunakan teknologi nuklear yang lebih canggih? Tiada yang mustahil tentang betapa modennya mereka pada zaman itu. Mari kita imbas semula jangka hayat Rasul-rasul. Dan berfikir secara logik akal tentang perkembangan peradaban manusia. Buat yang masih percaya dengan "cucian otak" barat bahawa manusia berasal dari beruk sila baca posting saya sebelum ni.

Nabi Adam sahaja hidup di dunia ini dalam 1000 tahun, Rasul-rasul yang lain menyusul dengan jangka hayat yang makin pendek. Ini hanya anggaran ada yang 600, 300, 200, 100. Dalam rentasan jarak masa ini, saintis menganggarkan jarak masa manusia pertama iaitu Nabi Adam dengan masa ini adalah 6000 tahun. Ada kah anda percaya dalam masa 6000 tahun, manusia terdahulu hidup bercawat, bercucuk tanam, tidak pandai berkomunikasi? Dan anda berbangga dengan pencapaian kita hari ini umat Muhammad yang berusia 1400 tahun ini?

Dalam masa 1400 tahun saja kita sudah mencapai kemajuan seperti hari ini, padahal pada zaman kehidupan Rasulullah, mereka hanya menunggang unta, menaiki kuda dan berperang dengan pedang dan panah. Ini semua dimiliki dalam kurang dari 1500 tahun padahal manusia sudah berusia 6000. Masa untuk kita berfikir semula. Kaum-kaum terdahulu juga diutuskan Rasul dan Nabi untuk menyampaikan risalah sebagai utusan Allah. Namun mereka ingkar, sehingga Allah turunkan bala.

 Apakah anda pernah terfikir, cuba letakkan diri anda pada masa itu. Zaman di mana adanya Rasul  pembimbing, anda pula adalah seorang yang kuno ditunjukkan kepada anda mukjizat dan kebesaran rasul, diajarkan anda ilmu2. Sudah tentu anda mudah untuk mengikut bukan? Tapi oleh kerana kaum terdahulu terlalu bijak, mereka telah mencapai kemajuan yang terlalu megah mereka terlalu yakin dengan kebolehan mereka untuk survive sehingga beraninya mereka mempersoalkan hukum Allah dan memperolokkan Rasulnya dan akhirnya membawa kepada kehancuran mereka sendiri.

Rujuk kisah Nabi Nuh, dimana Nabi Nuh A.s membina kapal yang sangat besar untuk membawa setiap spesies binatang di muka bumi berpasangan.
Tidak mustahil mereka membinanya di dalam hangar yang besar dengan kemajuan teknologi yang canggih pada ketika itu bukan?

Setakat ini sahaja dahulu penulisan di sini. Seterusnya saya akan sambung tentang penemuan-penemuan bateri zaman purba, penemuan kesan uranium pada tapak mayat, dan banyak lagi penemuan mengejutkan abad ini termasuklah misteri kaum Mayan.

No comments:

Post a Comment