Thursday 1 September 2016

Catatan Solo Trip ke Bumi Jawa Tengah- Day 2 (Jogjakarta-Magelang-Dieng)

Hari ke-2.

Semalam tidur aku memang lena, mungkin sebab penat apa tidaknya dari airport terus ke Prambanan pastu gi hiking pulak. Aku bangun agak lewat hari ni, sebenarnya dah bangun awal tapi memandangkan tuan rumah si Alex ni nyenyak tidur aku pun tertidur sampai jam 8 pagi. Alex melayan aku baik sekali, bangun sahaja aku terus mandi. Sebelum mandi sempatlah berbual dan bergurau dengan Alex yang juga baru bangun tidur. Habis mandi, aku tengok Alex dah siapkan sarapan pagi. Wahhh....best 😊😊😊😊

Mengikut rancangan hari ni, aku akan bertemu dengan Khusnul Maat mountain guide yang kukatakan sebelum ini untuk trip ke Magelang dan Dieng. Jadi selesai saja sarapan, kami bersiap terus untuk ke airport yang jadi meeting point kami sebab beberapa rakan pendaki dari Malaysia akan tiba hari ni yang akan turut bersama aku untuk trip seterusnya.

Oleh kerana hari ni hari kemerdekaan Indonesia, jalan agak sesak membuatkan perjalanan Khusnul Maat ke airport mengambil masa yang amat lama. Jadi aku dan Alex merancang untuk singgah ke Candi Ratu Boko sementara menunggu mereka.

Candi Ratu Boko ni sebelumnya tidak berapa popular dikalangan pelancong, tetapi mula menjadi tarikan semenjak adegan Rangga dan Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dirakamkan di sini. Keadaan pada waktu itu terlalu panas membuatkan aku mengambil masa hanya setengah jam untuk cuci mata di situ. Jom layan gambar....

Bukan Rangga, hanya lelaki biasa .ahhaha

Bila sendiri selfie lagi
Ni view ke bawah bukit.

Terik terik pun selfie jugak
Terik, kalau nak datang sini...baik datang pagi atau petang. Sunrise dan sunset di sini memang cantik. Tapi oleh kerana aku ni tak banyak masa, datang jelah bila2 aku suka 😂😂😂

Selesai cuci mata makan angin sampai perut pun dah berangin, aku dan Alex cari makanan di sekitar airport. Tengahari tu aku makan Soto daging yang memang Jogjakarta bangeeettt! Sedap dan asli. Lepas makan santai2 tunggu kawan hikers lain dan guide kami tu. Berborak dengan Alex kat tepi jalan, cuci mata area situ aku dah macam pengamen nyanyi2 kat situ(sebab terlalu happy dan tak percaya aku di jogja). Seronok aku dengan backpack aku yang berat tu pun dah tak terasa.

 4 jam menunggu, guide aku pun tiba bersama hikers2 yg aku kata dari Malaysia tu. Lama tu, tapi aku tak salahkan guide tu sebab dorang naik kereta nak redah jem bukan salh dorang terlambat. Lagipun sempat jugak aku cuci mata kat jogja kan. 

Alex menghantar aku dan jumpa dengan mountain guide lagi sorang yang slumber berkaki ayam kat jalan besar tu...hahaha..santai giler mamat ni dalam hati aku laaa.. Alex sempat bercakap dengan brother tu yang namanya Naim. Diorang sembang bahasa jawa, aku blurrr. Tapi kelihatan Alex agak serius mungkin sedikit marah kerana mereka lewat datang. Aku pun bersalaman dengan Alex lalu naik kereta dan situlah aku pertama kali berjumpa dengan family baru aku di sana iaitu Supir si Raditya, Guide si Naim dan Maat derta hikers lain dari Malaysia iaitu Lan, Mai, dan Iera (bukan nama sebenar..cehhh). 


Perjalanan Ke Gunung Merapi. 

Perjalanan tu kami berborak2, aku membuka bicara dengan bertanya soalan2 yang tak perlu aku tanya pun sebenarnya. Kerana aku rasa terlalu sunyi kereta tu, maklumlah semua baru bersemuka 😂😂 Dah habis soalan aku suruh ja Radit pasang lagu di radio.

Kami singgah di Sleman untuk solat dan membeli bahan mentah untuk bekalan di gunung nanti. Dorang shopping sakan kat dalam kedai tu, aku mengambil peluang yang ada untuk berasap surya berborak dengan supir si Radit. Ramah orangnya dan kami saling faham apa yang kami katakan. Mungkin kerana aku berlidah "sabah" jadi bunyi dan sebutan ku mudah difahaminya. Aku pula memang biasa dengan bahasa indonesia sebab aku ramai kawan2 dari Indonesia yang menetap di Malaysia. (Lari tajuk) Di sini kami membuat pembayaran untuk belanja sepanjang perjalanan 4 hari nanti yang sangat2 murah tidak sampai Rm100 sehari termasuk makan, tiket masuk wisata, transport dan guide  pokoknya ya gak usah keluar uang lagi lah ! 😂

Kami singgah makan di gerai tepi jalan. Aku makan Nasi Kucing, tak ada kucing pun dalam nasi tu. Ia macam nasi lemak tapi hanya nasi sikit dan sambal. Harganya cuma 30sen klu ditukar duit Malaysia. Memang santai weyh, makan bersila.kat kaki lima bentang karpet. Hahaha...tapi kami enjoy. Itulah beza pengembara dengan pelancong okay!

Tiba di Basecamp Merapi.

Kami tukar pakaian dan bersiap2 packing barang2 yang diperlukan untuk hiking dan tinggalkan yang tak diperlukan dalam kereta. Aku agak risau sebab first time kot hiking 😂😂😂

Ketua grup kami ialah Naim, dia memulakan dengan peringatan dan doa. "Kita perlu betulkan niat, kita mendaki untuk menikmati alam bukan untuk merusak". Tu sepatah ayat dia yg aku ingat.

Kami mula dengan perlahan untuk memanaskan badan dan otot bergerak sedikit demi sedkit menghampiri puncak lalu mengambil keputusan untuk mendirikan khemah selepas hampir tiba di Pasar Bubra(pos terakhir sebelum puncak).

Alhamdulillah perjalanan kami lancar malam tu walaupun dalam grup kami tu aku dan Iera merupakan newbie kaw2 dalam dunia hiking ni. 😊 We just go on with the flow.

Kami tidur dengan keadaan yang sangat sejuk malam tu. Aku dah macam ulat dalam kepompong dalam khemah dengan sleeping beg aku yang amat selesa..hehe.. Pemandangan malam tu sangat indah, bulan purnama dan boleh lihat perkampungan di bawah serta beberapa gunung berhampiran juga kelihatan.  Layan gambar jom..
Gelap sangat...bawah tu perkampungan
Aku di Pos 2, tak ada gaya hiker langsung. Macam budak kokurikulum ada lah 😅
Ni Lan. Hiker yang dah biasa dengan gunung2 d Malaysia.



______________END OF DAY 2_________________


Link Day 3: Trip Hari Ke 3

No comments:

Post a Comment