Ni lah pemandangan ILKKMJB dari kelas aku. |
CHAPTER 1: MEMPERKENALKAN ILKKMJB
Tak tau mana nak mula, lets just begin dengan kelas aku. Kelas kami paling ramai iaitu 84 orang semuanya. Sebelum ni 87 orang. lebih lagi tapi yang ni ja tinggal selepas ada yang berhenti untuk pindah ke tempat lain dan ada yang tak nak teruskan atas sebab masing2. Tapi bagi aku dan yang lain, sini memang best.
Lokasi KSKBJB ni berdekatan dengan bandar JB so memang tiap minggu keluar lah jalan-jalan mengisi masa lapang dan menghilangkan tention. Kehkeh. Berbalik kepada cerita kelas aku, aku antara yang paling berumur, classmate aku rata-rata 19-21. So aku pun kadang-kadang jadi 19 dan kadang2 jadi tua jugak. Aku dilantik jadi AJK Multimedia untuk kelas kami, so korang boleh usha IG kelas kami ni @kskbjb_ma_c10_official untuk tengok aktiviti-aktiviti kelas kami. Gambar aku memang tak ada lah sebab aku tukang amek gambar..kahkahkah!
Ni lah IG kelas aku yang aku handle. Hehe.. |
So apa aktiviti-aktiviti di kolej yang aku buat?
Waktu Kelas?
Baiklah, setiap hari Ahad sampai Khamis ada kelas, Jumaat-Sabtu hari cuti. Waktu kelas adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang. 15 minit sebelum pukul 8 dah kena ada di kelas okey. Kalau tak? Haa tengok tu dataran tengah2 bangunan gambar last tadi. Round sana lari beramai-ramai! Hahahahahaha...
Tapi setakat ni baru 1 kali kena lari situ, tu pun lumba lari gelak sakan lagi. Suka je kena denda sebab kena sekali dengan kawan2..kahkahkah!
Dengar cerita macam lama kan waktu kelas? Actually, pukul 10 ada rehat 30 minit. Boleh gi makan, gi tido kat dalam kelas ke, gi berak puas2 ke....or gi dating ngan awek course lain. Kahkahkah :P
Then, pukul 1 rehat lagi sampai jam 2. Yang ni memang best, boleh balik bilik dan tidurrrrrr.
Secara rumusan:
Kelas Hari Ahad-Rabu: 8.00am-5.00pm
Kelas Hari Khamis: 8:00am-3.30pm
Cuti: Jumaat dan Sabtu
Outing?
Hari-hari boleh outing, makan kat luar ke, gi shopping ke, keluar duit ke. Lantak korang yang penting bila sampai masa untuk masuk kolej, korang kena ada di kolej.
Kalau tak?
Menghadap lah dengan ketua program. Macam aku hari tu aku balik rumah makcik aku, tapi dalam perjalanan pulang tu kereta dia rosak. Waktu outing sampai pukul 8 je tapi aku pkul 9.30 baru sampai. Kena tulis nama amek nombor matrik.
Kena menghadap duli yang maha mulia ketua program kot.
Denda dia?
Pergi ke surau setiap hari selama sebulan dan setiap hari cuci toilet surau....hahahahahahaha! Aku kena dengan budak2 kelas aku yang balik lambat dari outing jugak. Padan muka kami...tapi tak de la kejam sangat. Tandas surau memang dah bersih, so kami datang ke surau dah cukup. Siram2 toilet lah kalau rajin sangat. Hehehehe....
Waktu Outing:
Ahad- Rabu: 5.30pm-8.00pm
Khamis: 3.30pm-6.45pm
Jumaat: 12.30pm-8.00pm
Sabtu: 8:00am-10.00pm
Elaun?
Cerita dah panjang, lupa pulak sebut pasal ELAUN. Elaun kami diuruskan secepat mungkin. Kawan2 dari kolej lain dah dapat masa bulan first. Kami pulak bulan ke dua baru dapat. Dah terbiasa pegang duit, bila dapat elaun ni 800 lebih ni agak tegang jugak urat menahan diri dari berbelanja. Hahaha...
Aktiviti di Kolej.
Masa mula-mula masuk kolej tu, maklumlah excited dengan kawasan baru. Semua tempat diteroka. Paling rajin pergi jogging kat trek balapan di Hospital Permai. Bersebelahan ja dari kolej ni, best jugak la lari2 sana. Boleh cuci mata tengok bunga2..hehehe...meh aku share foto2 aku acah-acah kat trek permai. Korang boleh follow sekali IG aku @pendekar_nomad promote jap..hehehehee...
Apa lagi ya korang nak tahu pasal kolej ni? Apa-apa boleh DM kat ig lah...next aku nak cerita pasal life aku kat sini pulak.
CHAPTER 2: AKTIVITI DI ILKKMJB SEPANJANG 5 BULAN DI SINI
Jangan harap nak relaks-relaks bila kau masih pakai tie dan baju putih macam dalam gambar bawah ni...sebab apa? Tengok dulu gambar dak-dak ni...
Aku acah-acah jadi lecturer. Sebelah tu roommate aku. |
Amali nursing. Jangan ingat jadi MA tak belajar nursing. |
Dak-dak kelas saya yang poyo dan comel2 |
Aktiviti berkumpulan macam ni memang akan selalu ada. So tak boleh sombong-sombong. |
So antara yang aku join adalah Pertandingan Debat, Pertandingan Pidato, dan Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif(yang ni pertandingan mencipta something new untuk kolej, dalam kes kami, kami cipta sistem baru untuk memudahkan pengurusan di kolej). Selain tu aku jugak terpilih untuk wakil kolej dalam pertandingan Koir peringkat Zon Selatan nanti. Hehe...
Jom layan gambar dan kisah di sebaliknya...
Nerves menunggu turn untuk pertandingan sajak. Padahal aku main gitar je kot. |
Perform siot! Kahkahkah...best jugak la persembahan kami time ni. |
Team kami menang hehe |
Alhamdulillah dapat pun sijil johan di sini. |
Pelajaran?
Cerita pasal pelajaran, okey pelajaran di sini tough jugaklah tapi taklah susah sangat kalau kita study betul-betul. Rasa noob jugak aku bila dengar result SPM budak-budak lain 7-8 A! Aku? 1A pun tak dak oiiiii...hahahaha! Tapi alhamdulillah antara 84 orang aku dapat top 10 dalam result pertengahan semester or maybe top 5? Entah la..tak tau pun kedudukan sebenar, tapi syukurlah boleh la aku berharap untuk masuk dean list pulak or maybe 4flat kan?! Hehehe...
So untuk sem 1 kami belajar 7 subjek antaranya Anatomi 1 dan 2, Biokimia, Behaviour Science, Microbiology, Nursing dan Community Health. Alhamdulillah aku skor semua..haha!
So kesimpulan dari cerita ni korang boleh tau kan betapa aktifnya aku disini..haha..sebab aku dah janji dengan diri aku kalau dapat ulang lagi masa jadi pelajar, aku tak nak membazirkan masa dengan hanya belajar. Aku akan join semua atktiviti yang aku boleh join. Sebab tulah yang akan jadi kenangan untuk aku cerita kat anak cucu aku. Entah2 nanti cucu aku baca blog ni...hahaha..Aku tau akan ada makhluk yang menyampah dengan aku....tapi biasalah, mulut manusia. Kita buat pekak dan buat apa yang boleh buat kita bahagia. Nanti dia diam lah..hahahaha..k bye
Setakat ni dulu kisah dari aku, berapa hari je lagi kami dah final exam dan aku disini tengah menulis blog je..hahahah! Maafkan aku ibu dan ayah, aku stress study. Layan blog sekali sekala....bye2! Doakan aku dapat 4 flat exam final nanti pastu keluar dari sini jadi lecturer terus..ehhhh? Hahahaa
Nak tanya apa-apa boleh komen di bawah atau send email : Sazriman@gmail.com
Follow aku kat Instagram: @pendekar_nomad or DM pun boleh!
Gambar beraksi pertandingan KIK
Gambar Kumpulan Invictus ( Pertandingan KIK )
Gambar penyampaian hadiah KIK. Kami Juara Bebb!!!